PUSAT MEMBELI-BELAH | Pusat membeli-belah ialah kumpulan kedai jualan runcit dan pejabat perniagaan dan profesional yang dibina dan diuruskan sebagai satu unit. Di pusat membeli-belah ini, urusan perniagaan dikumpulkan mengelilingi satu kawasan pejalan kaki terbuka yang dikenali sebagai kawasan membeli-belah (mall) . | UMUM | |
SUBBANDAR | Subbandar ialah daerah di luar kawasan bandar raya atau bandar. Banyak subbandar menjadi kawasan kediaman yang kebanyakannya didiami penduduk yang berulang-alik untuk bekerja di bahagian pusat bandar. Sesetengah subbandar merupakan kawasan perindustrian dan mengandungi kilang, pejabat, dan pusat membeli-belah yang besar. | UMUM | |
RESTORAN | Restoran ialah tempat perniagaan yang menyajikan makanan dan minuman kepada orang awam. Pada mulanya, restoran menjalankan perniagaan di tepi jalan, tempat pengembara berehat dan memulihkan tenaga. Perkataan restouran berasal daripada perkataan Latin restaurare , yang bermakna to restore (memulihkan semula). Hari ini, restoran terdapat di merata-rata tempat – di jalan yang sunyi dan jalan yang sibuk; hotel; lapangan terbang, stesen bas, dan stesen kereta api; taman hiburan; dalam bangunan pejabat; dan juga pusat membeli-belah. | UMUM | |
SHEPPARTON | Shepparton (pend. 31 171ialah bandar di Victoria, Australia. Shepparton terletak di Sungai Goulburn, kira-kira 180 kilometer ke utara Melbourne. Shepparton ialah bandar utama di Lembah Goulburn yang subur dan pusat Skim Pengairan Lembah Goulburn. Shepparton mempunyai beberapa buah industri, sebuah pusat membeli-belah yang sangat baik, dan pelbagai kemudahan sukan dan kebudayaan, termasuk sebuah pusat sivik dan galeri seni Shepparton pada asalnya dikenali sebagai McGuire’s Punt. Pada tahun 1853, bandar ini telah dinamakan semula sebagai Shepparton sempena nama perintisnya Sherbourne Sheppard, yang menetap di daerah itu pada tahun 1843. Ia telah diisytiharkan sebagai sebuah bandar pada tahun 1949. | UMUM | |
KLCC | KLCC ialah mercu tanda negara Malaysia. Ia merupakan singkatan daripada Kuala Lumpur City Centre atau Pusat Bandaraya Kuala Lumpur. la merupakan projek mega bersepadu meliputi kawasan seluas 1.67 juta meter persegi terletak di lokasi strategik di kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur. KLCC menempatkan Menara Berkembar PETRONAS, Kompleks Membeli-belah Suria KLCC, Menara Maxis, Menara ESSO, Hotel Mandarin Oriental, Pusat pendinginan Daerah, Taman awam dan Masjid Asy-syakirin. Menara Berkembar PETRONAS ialah bangunan tertinggi di dunia. | UMUM | |