SULTAN IBRAHIM | Kapsyen1"> :1"> Sultan Ibrahim SULTAN IBRAHIM (1873-1959), Sultan Johor (1895-1959). Baginda adalah raja Melayu yang paling lama memerintah. Baginda diputerakan pada 17 September 1873 di Istana Bidadari, Singapura. Baginda adalah putera Sultan Abu Bakar dan Encik Besar Zubidah. Setelah mendapat pendidikan asas, baginda menjalani latihan ketenteraan dengan Angkatan Timbalan Setia Negeri Johor. Baginda kemudian ditauliahkan sebagai leftenan muda dan dilantik sebagai juruiring ayahanda baginda. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SULTAN HISHAMUDDIN ALAM SYAH IBNI SULTAN ALAIDDIN | Kapsyen1"> :1"> Sultan Hishamuddin Alam Syah Ibni Sultan Alaiddin SULTAN HISHAMUDDIN ALAM SYAH IBNI SULTAN ALAIDDIN (1898-1969), Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kedua (1960). Baginda diputerakan pada 13 Mei 1898 di Selangor. Baginda ialah putera ketiga Sultan Alaiddin Sulaiman Syah. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Bandar di Kuala Langat, Selangor dan kemudiannya melanjutkan pelajaran menengah di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Perak. Baginda menamatkan pelajaran menengah ketika berusia 18 tahun. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
ZULKIFLI MUHAMMAD, DATO' | ZULKIFLI MUHAMMAD, Dato’, (1927-1964), ahli politik dan penulis. Dia lahir pada 22 Mac 1927 di Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Perak. Dari tahun 1946 hingga tahun 1947, Zulkifli melibatkan diri secara aktif dalam perikatan Pemuda Perak. Dia turut bergabung tenaga bersama-sama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dalam perjuangan menentang Malayan Union. Zulkifli melanjutkan pelajaran di Universiti al-Azahar pada bulan September 1947. Ketika di Mesir dia dipilih menjadi yang Dipertua Persekutuan Putera-Putera Melayu Semenanjung (1948-1950). Antara tahun 1951 hingga tahun 1952, dia dilantik menjadi penasihat persatuan tersebut. Zulkifli juga turut diberi kepercayaan untuk menjadi Ahli Jawatankuasa Kesatuan Pelajar-Pelajar Putera Malaya dan Indonesia. Dia turut melibatkan diri dalam pertubuhan pelajar yang lain seperti Pertubuhan Jamaiyyah Syukbanul Muslimin. 1"> | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SULTAN BADLISHAH | Kapsyen1"> :1"> Sultan Badlishah SULTAN BADLISHAH (1894-1958), Sultan Kedah yang ke-27 (1943-1958). Baginda diputerakan pada 17 Mac 1894, di Alor Setar, Kedah. Baginda adalah putera Sultan Abdul Hamid dengan bondanya Tunku Sofiah Tunku Mahmud. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Jalan Baharu, Alor Setar. Kemudian, baginda melanjutkan pelajaran di Sekolah Diraja, di Bangkok, Thailand. Pada tahun 1912, baginda berangkat ke England untuk melanjutkan pelajaran di Wadham College, Oxford dalam bidang ekonomi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SULTAN YAHYA PETRA | Kapsyen1"> :1"> Sultan Yahya Petra SULTAN YAHYA PETRA (1917-1979), Sultan Kelantan yang ke-11. Baginda diputerakan pada 10 Disember 1917 di Istana Balai Besar, Kota Bharu, Kelantan. Baginda adalah putera kedua kepada Sultan Ibrahim ibni Sultan Muhamad IV dengan Cik Embong Haji Laut. Baginda adalah raja pemerintah Kelantan daripada kerabat diraja keturunan Long Yunus. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SULTAN YUSUF IZZUDDIN SYAH | Kapsyen1"> :1"> Sultan Yusuf Izzuddin Syah SULTAN YUSUF IZZUDDIN SYAH (1890-1963), Sultan Perak yang ke-32 (1948-1963). Baginda adalah putera Sultan Abdul Jalil (Marhum Radhiallah). Baginda diputerakan pada 15 Januari 1890 di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Baginda mendapat pendidikan Melayu sebelum memasuki Hoger School, Kuala Kangsar (yang kemudiannya dikenal sebagai Clifford School). Kemudian baginda menyambung pelajarannya di Maktab Melayu, Kuala Kangsar. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SULTAN MUHAMMAD IV | Kapsyen1"> :1"> Sultan Muhammad IV SULTAN MUHAMMAD IV (1869-1920), Sultan Kelantan yang kelapan (1899-1920) daripada keturunan Long Yunus. Baginda diputerakan di Kota Bharu, Kelantan. Nama sebenar baginda ialah Tengku Long Senik. Baginda adalah putera sulung Tuan Kundur bin Tuan Ahmad atau Long Kundur bin Long Ahmad, yang bergelar Sultan Muhammad III (1889-1890). Bonda baginda ialah Mak Nik Raja. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SULTAN ISMAIL PETRA | Kapsyen1"> :1"> Sultan Ismail Petra SULTAN ISMAIL PETRA (1949- ), Sultan Kelantan yang ke-12 (1979- ). Baginda diputerakan pada 11 November 1949 di Istana Jahar, Kota Bharu, Kelantan. Baginda ialah putera bongsu kepada Sultan Yahya Petra ibni Sultan Ibrahim dan Raja Perempuan Tengku Zainab Tengku Muhammad Petra. Baginda mendapat pendidkan di Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu. Di samping itu, baginda belajar secara sendirian daripada seorang guru khas di istana. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SULTAN ISMAIL NASIRUDDIN SYAH | Kapsyen1"> :1"> Sultan Ismail Nasiruddin Syah SULTAN ISMAIL NASIRUDDIN SYAH (1907-1979), Sultan Terengganu yang ke-15 (1945-1979). Baginda diputerakan pada 24 Januari 1907 di Kuala Terengganu, Terengganu. Nama penuh baginda ialah Raja Ismail ibni Sultan Zainal Abidin. Baginda adalah putera Sultan Zainal Abidin III (1881-1919). Baginda mendapat pendidikan awal di Kuala Terengganu. Kemudian baginda menyambung pelajaran di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SYAH | Kapsyen1"> :1"> Sultan Alauddin Sulaiman Syah SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SYAH (1865-1938), Sultan Selangor yang kelima (1898-1938). Baginda diputerakan pada 11 September 1865 di Kuala Selangor. Raja Sulaiman adalah putera Tengku Musa ibni Sultan Abdul Samad, Raja Muda Selangor. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |