PUTERI SA'ADONG | Puteri Sa’adong ( ? - ? ) ialah isteri kepada Raja Abdullah, pemerintah kerajaan Jembal ke-3 iaitu sebuah kerajaan di timur negeri Kelantan, pada abad yang ke-17. Puteri Sa’adong adalah puteri kepada Raja Luyor, iaitu raja ke-2 yang memerintah Jembal. Perihal kecantikan Puteri Sa’adong tersebar luas hingga ke negeri Serendah Sekebun Bunga Cerang Tegayung, iaitu negeri yang diperintah oleh Cik Siti Wan Kembang yang berpusat di Gunung Chinta Wangsa, Ulu Kelantan. Puteri Sa’adong yang juga dikenali sebagai Puteri Wijaya Mala dijadikan anak angkat oleh Cik Siti Wan Kembang. | UMUM | |
PUTERI DIRAJA | Puteri Diraja ialah gelaran yang dianugerahkan oleh raja British kepada puterinya yang sulung. Gelaran ini tidak selalunya diberikan. Pada tahun 1900-an dua orang wanita memegangnya. Yang pertama, Puteri Mary (1897–1965), Puteri Raja George V. Pada tahun 1922, dia mengahwini Henry Lascelles, Earl of Harewood yang keenam (1882– 1947). Puteranya George Lascelles, earl yang ketujuh, ialah ketua famili dan menjadi masyhur sebagai pentadbir gedung opera. | UMUM | |
ASCHAM, ROGER | Ascham, Roger (1515–1568), guru peribadi kepada Puteri Elizabeth. Puteri Elizabeth kemudian Ratu England dikenali sebagai Ratu Elizabeth I. Ascham menjadi pengarang The Schoolmaster (1570). Dalam buku ini, Ascham melahirkan pandangannya tentang pendidikan, berasaskan pengalamannya. Dia menekankan betapa pentingnya pembacaan. Ascham lahir di Kirby Wiske, dekat Northallerton, di Yorkshire Utara. | UMUM | |
PUTERI KAWAT | Puteri kawat juga dikenali sebagai majorette, bertanding dalam pasukan antara satu sama lain secara latihan dan dalam pelbagai taktik yang rumit. Pasukan puteri kawat kadangkala berarak dalam pesta dan upacara keraian seperti tatu tentera dan pesta keramaian. Pasukan-pasukan ini bertanding pada peringkat kebangsaan dan peringkat antarabangsa. Terdapat kejohanan khas untuk remaja berumur 13 tahun dan kategori bawah 12 tahun. | UMUM | |
PUTERI GUNUNG LEDANG | PUTERI GUNUNG LEDANG, puteri legenda. Dia dipercayai berketurunan jin dan tinggal di puncak gunung Ledang, Johor. Kisah puteri ini telah menjadi legenda bagi masyarakat Melayu di Malaysia. Cerita tentangnya terdapat dalam bentuk lisan yang disampaikan di kalangan masyarakat setempat dalam bentuk tulisan seperti dalam Sejarah Melayu. Orang Melayu percaya puteri ini wujud, oleh itu pertuturan dan tingkah laku hendaklah dijaga jika mahu mendaki gunung tersebut. Jika tidak dipatuhi, dipercayai orang itu akan ditimpa sesuatu bencana. | BUDAYA | Konsep |
BURUNG SEPAH PUTERI | Burung sepah puteri ialah burung tenggek yang hidup dari selatan Asia sehingga Filipina dan dari Australia ke timur sehingga Kepulauan Solomon. Burung sepah puteri ialah burung kecil yang warna asasnya coklat atau warna gelap yang lain. | UMUM | |
PUTERI JAMILAN | PUTERI JAMILAN, gelaran yang dipusakai turun-temurun dan dipegang oleh bonda permaisuri Pagarruyung dan Suruasso di Minangkabau, Sumatera, Indonesia. Melalui gelaran Puteri Jamilan inilah kedua-dua takhta kerajaan ini disahkan. Gelaran Puteri Jamilan diwariskan daripada emak kepada anak perempuan yang sulung. Berdasarkan sumber dari Eropah pada abad ke-17 dan ke-18, gelaran Puteri Jamilan menyamai gelaran “Bundo Kanduang’ (bonda kandung) dalam cerita Minangkabau yang terkenal iaitu Kaba Cindo Mato. Kedua-duanya adalah bonda kepada raja Pararruyung dan status mereka adalah lebih tinggi daripada anak lelaki mereka. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
PANDU PUTERI DAN PENGAKAP PEREMPUAN | Pandu Puteri dan Pengakap Perempuan ialah organisasi antarabangsa yang menggalakkan kanak-kanak perempuan mengembangkan minat dan kebolehan mereka serta mempelajari kemahiran baharu. Organisasi ini memberi mereka peluang untuk membantu orang lain dan mempelajari pelbagai aspek tentang dunia. Pada tahun 1994, Girl Guides, iaitu pasukan Pandu Puteri di United Kingdom telah menukar namanya kepada Persatuan Pandu Puteri (The Guide Association). | UMUM | |
TANJUNG PUTERI | Tanjung Puteri ialah nama asal Johor Bahru dan pusat pemerintahan Temenggung Ibrahim yang terletak di tepi Selat Teberau. Konflik dalam kerajaan Riau-Lingga-Johor semenjak awal abad ke-18, berakhir dengan pembahagian kuasa terhadap kawasan dalam kerajaan Melayu terakhir itu. | UMUM | |
MAIN PUTERI | Main Puteri ialah suatu cara pengubatan tradisional yang diamalkan oleh masyarakat Melayu di Kelantan dan Terengganu. | KESENIAN | Drama/Filem/Teater/Persembahan |