Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; ~ malu sj tumbuhan (pokok renek), keman, Mimosa pudica; bunga ~ sj tum­buhan (anggerik), bunga bidadari, ekor gajah, Grammatophyllum speciosum; daun ~ sj tumbuhan (pokok renek), adap-adap, balik adap, serogah, Musaenda glabra. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
puteri (kata nama)
Bersinonim dengan anak raja perempuan, tuan puteri, permaisuri raja; anak perempuan, wanita;,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BUKIT PUTERI

BUKIT PUTERI,  kubu pertahanan.  Bukit ini terletak lebih kurang 728 km ke selatan Kuala Sungai Terengganu.  Bukit ini merupakan kubu pertahanan bagi sultan-sultan yang memerintah Terengganu daripada serangan musuh, sama ada dari dalam mahupun luar negeri pada zaman lampau.  Antara istana yang didirikan berhampiran dengan bukit ini termasuklah Istana Maziah, iaitu Istana Sultan Mansur Syah II dan Istana Hijau.  Ketinggian bukit ini lebih kurang 152 m dengan keluasan 688 hektar.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
STEPHEN

Stephen (1097?–1154) ialah Raja Inggeris.

Pemerintahannya penuh dengan persengketaan

sehingga digelar ‘The Anarchy’. Persengketaan

tersebut berpunca daripada perebutan takhta.

Stephen ialah putera Adela. Adela ialah puteri

William Si Penakluk. Pihak lain yang berhak ke atas

takhta diraja itu ialah Matilda, puteri Henry I. Henry

telah memujuk baronnya untuk mengangkat

sumpah taat setia kepada Matilda sebelum

kematiannya pada tahun 1135. Pada tahun 1153,

Stephen akhirnya dipaksa untuk mengiktiraf putera

Matilda sebagai pewaris takhtanya, iaitu Henry II

yang menjadi Raja Plantagenet pertama (lihat

Plantagenet).

UMUM 
CIK SITI WAN KEMBANG

CIK SITI WAN KEMBANG (1580-1677), pemerintah negeri bernama ‘Negeri Serendah Sekebun Bunga Cerang Tagayong’ dengan gelaran Seri Maharaja Puteri. Mengikut sejarah tempatan, Cik Siti Wan Kembang ialah puteri kepada Raja Ahmad, Yang Dipertua Kelantan dengan isterinya yang bernama Cik Banun, anak bongsu kepada Nara Diraja, seorang pembesar Kelantan. Semasa Cik Siti Wan Kembang berusia lebih kurang empat tahun, Raja Ahmad mangkat. Baginda digantikan oleh Raja Hussin dari Johor dengan gelaran Sultan Hussin. Raja Hussin ialah satu-satunya putera kepada Raja Umar, iaitu Sultan Johor yang bergelar Sultan ‘Ala Jalla Abdul Jalil II yang memerintah Johor dari tahun 1570 hingga tahun 1597. Sultan Hussin memerintah Kelantan selama 26 tahun, dari tahun 1584 hingga tahun 1610. Cik Siti Wan Kembang yang masih kecil itu diasuh oleh Sultan Hussin sebagai puteri angkat baginda. Apabila Sultan Hussin mangkat pada tahun 1610, Cik Siti Wan Kembang, ketika itu berusia lebih kurang 30 tahun, ditabal sebagai Raja Pemerintah Kelantan. Cik Siti Wan Kembang dikatakan bersemayam di Gunung Besar yang kemudian dinamai Gunung Cintawangsa yang sekarang ini terletak di sempadan Kelantan-Terengganu. Baginda tidak bersuami. Di bawah pemerintahan Cik Siti Wan Kembang negeri Kelantan bertambah maju dan terkenal sehingga ramailah pedagang termasuk yang datang dari luar negeri seperti dari negeri China, India dan Arab berniaga di Kelantan.

     

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
OLAV V

Olav V (1903–1991) menjadi raja Norway pada

tahun 1957 apabila ayahandanya, Raja Haakon VII,

mangkat. Olav lahir di England, dan pergi ke

Norway semasa berusia dua tahun. Baginda

memasuki Norwegian War College dan Oxford

University. Baginda sering berkhidmat sebagai

pemangku raja semasa ayahanda baginda gering.

Olav merupakan ketua tentera pertahanan Norway

dalam Perang Dunia II (1939–1945). Permaisurinya,

Puteri Martha dari Sweden, mangkat pada tahun

1954.

UMUM 

Kembali ke atas