Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.yu] | ڤويو

Definisi : ; angin ~ angin yg berkisar (berpusing-pusing), angin puting beliung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.yu] | ڤويو

Definisi : sj ikan darat, Anabas terstudineus; ~ laut sj ikan laut, Scolopsis vosmeri; bagai ~ di air jernih prb perihal orang yg senang kehidupannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.yu] | ڤويو

Definisi : Mn; memuyu-muyu menggosok-gosok atau menyapu-nyapu (mata). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.yu] | ڤويو

Definisi : nama sj ikan darat yg keras ridipnya, Anabas terstudineus. ~ laut nama sj ikan laut, Scolopsis vosmeri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata puyu

Puisi
 

Ikan puyu melompat-lompat,
     Lompat mari sawah padi;
Macam mana muka tak pucat,
     Baru demam pagi tadi.


Lihat selanjutnya...(6)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SYAIR IKAN TERUBUK DENGAN PUYU-PUYU

SYAIR IKAN TERUBUK DENGAN PUYU-PUYU,  syair kiasan atau alegori yang mengisahkan percintaan antara ikan. Menurut Overbeck, syair jenis ini biasanya mengandungi sindiran terhadap peristiwa tertentu. Syair Ikan Terubuk dengan Puyu-puyu misalnya menyindir peristiwa peminangan seorang anak Melaka terhadap puteri Siak yang tidak berhasil. Syair ini mungkin diilhami oleh pelanggaran Melaka terhadap Siak. Syair Ikan Terubuk dengan Puyu-puyu ini berdasarkan naskhah v.d. Wall 242 di Jakarta.

SASTERAKonsep
PERIKANAN DARAT

PERIKANAN DARAT,  aktiviti menangkap ikan air tawar di sungai, anak sungai, tasik, sawah, kolam dan muara sungai.  Antara ikan yang sering ditangkap ialah bujuk, haruan, limbat, puyu, sepat, keli, tengas, seluang, baung, sebarau, kelah, jelawat, kelaba, patin, lampan, toman dan tilapia.

BUDAYAKonsep
PEKASAM

PEKASAM,  makanan yang diperam dengan menggunakan garam dan bahan lain.  Pekasam dibuat daripada pelbagai jenis ikan air tawar seperti ikan sepat padi, sepat siam, puyu, tilapia dan belida atau ikan laut seperti gelama, selar, puput, selangat, biji nangka dan sebagainya. 

BUDAYAMakanan

Kembali ke atas