BULAN QAMARI | Bulan qamari lihat Takwim Hijrah. | UMUM | |
TAKWIM HIJRAH | Takwim Hijrah ialah kalendar yang berdasarkan bulan qamari dan disebut juga takwim atau kalendar Islam. Orang Arab sebelum Islam menggunakan tahun qamariyah sejak zaman dahulu kala. Tetapi bukanlah semua orang Arab di seluruh Semenanjung Arab itu sama dalam cara menggunakan kalendar mengukur waktu dan sejarah yang berlaku di kalangan mereka. Begitu juga panduan dan cara mencatat sejarah yang mereka gunakan adalah sentiasa berbeza dan berubah-ubah. | UMUM | |