R ialah huruf ke-18 dalam abjad Inggeris. Ia juga
adalah huruf dalam abjad yang digunakan oleh
orang Semit yang pernah tinggal di Syria dan
Palestin. Mereka menamakannya sebagai resh ,
perkataan mereka untuk kepala dan meminjam
daripada hiroglif , atau simbol gambar Mesir untuk
kepala manusia sebagai lambangnya. Kemudian
Orang Yunani menamakan huruf itu sebagai rho.
Apabila orang Rom mengambilnya, mereka
memberikan huruf besar R seperti yang ada kini.
Lihat Abjad .
Narayan, R. K. (1906–2001) ialah novelis dan
cerpenis India yang menulis dalam bahasa Inggeris.
Novel-novelnya memaparkan tentang kehidupan
orang biasa India yang menggambarkan kekhuatiran
tentang pertukaran identiti nasional dan sejarah. Para
pengkritik memuji Narayan kerana kualiti tragikomik
dalam hasil kerjanya dan kelembutan ironinya ketika
menggunakan watak ciptaannya.
A.R. TOMPEL (1920-an-1973), pelawak, pelakon dan penulis. Dia lahir di Medan, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Aman bin Ramlie.
A. R. KAMALUDDIN (1938- ), penulis. Dia lahir pada 15 November 1938 di Kampung Baharu, Lumut, Perak. Nama sebenarnya ialah Kamaluddin Abdul Razak.
HADZRAMI A.R. (1941 - ), penulis. Dia lahir pada bulan Disember 1941 di Pasir Mas, Kelantan. Nama penuhnya ialah Hadzrami bin HajI Abd. Rahman. Dalam penulisan, selain nama pena Hadzrami A.R., dia menggunakan nama Shamsul. Pendidikan awal Hadzrami A.R. ialah di Sekolah Arab Beris, Bachok dan kemudian di Sekolah Arab Ma‘ahad Muhammadi, Kota Bharu. Dari tahun 1958 hingga tahun 1963, dia menyambung pelajaran di Kolej Islam Malaya, Kelang. Pada tahun 1964, dia mengikuti kursus Mubaligh Islam di Darul Arqam, Kuala Lumpur.
Thanks for clicking. That felt good.