R | R ialah huruf ke-18 dalam abjad Inggeris. Ia juga adalah huruf dalam abjad yang digunakan oleh orang Semit yang pernah tinggal di Syria dan Palestin. Mereka menamakannya sebagai <i> resh i> , perkataan mereka untuk <i> kepala i> dan meminjam daripada <i> hiroglif i> , atau simbol gambar Mesir untuk kepala manusia sebagai lambangnya. Kemudian Orang Yunani menamakan huruf itu sebagai <i> rho. i> Apabila orang Rom mengambilnya, mereka memberikan huruf besar <i> R i> seperti yang ada kini. Lihat Abjad . | UMUM | |
NARAYAN, R. K. | Narayan, R. K. (1906–2001) ialah novelis dan cerpenis India yang menulis dalam bahasa Inggeris. Novel-novelnya memaparkan tentang kehidupan orang biasa India yang menggambarkan kekhuatiran tentang pertukaran identiti nasional dan sejarah. Para pengkritik memuji Narayan kerana kualiti tragikomik dalam hasil kerjanya dan kelembutan ironinya ketika menggunakan watak ciptaannya. | UMUM | |
A.R. TOMPEL | A.R. TOMPEL (1920-an-1973), pelawak, pelakon dan penulis. Dia lahir di Medan, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Aman bin Ramlie. | BUDAYA | Konsep |
A. R. KAMALUDDIN | A. R. KAMALUDDIN (1938- ), penulis. Dia lahir pada 15 November 1938 di Kampung Baharu, Lumut, Perak. Nama sebenarnya ialah Kamaluddin Abdul Razak. | SASTERA | Konsep |
HADZRAMI A.R. | HADZRAMI A.R. (1941 - ), penulis. Dia lahir pada bulan Disember 1941 di Pasir Mas, Kelantan. Nama penuhnya ialah Hadzrami bin HajI Abd. Rahman. Dalam penulisan, selain nama pena Hadzrami A.R., dia menggunakan nama Shamsul. Pendidikan awal Hadzrami A.R. ialah di Sekolah Arab Beris, Bachok dan kemudian di Sekolah Arab Ma‘ahad Muhammadi, Kota Bharu. Dari tahun 1958 hingga tahun 1963, dia menyambung pelajaran di Kolej Islam Malaya, Kelang. Pada tahun 1964, dia mengikuti kursus Mubaligh Islam di Darul Arqam, Kuala Lumpur. | SASTERA | Tokoh |
R. AZMI | R. AZMI (1923-1974), penyanyi. Dia lahir di Kelang, Selangor. Nama sebenarnya ialah Raja Azmi bin Raja Embeh. Dia mendapat pendidikan awal di Kelang dan di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak. Pendidikannya tergendala apabila Jepun menduduki Tanah Melayu. Dia berhijrah ke Singapura dan memulakan kerjayanya sebagai penyanyi R. Azmi merupakan salah seorang penyanyi yang mempelopori lagu-lagu Melayu ala Hindustan pada tahun 1950-an dan 1960-an. | BUDAYA | Tokoh |
KESATUAN REPUBLIK SOSIALIS SOVIET (K.R.S.S.) | Kesatuan Republik Sosialis Soviet (K.R.S.S.), juga dikenali sebagai Kesatuan Soviet, ialah negara Komunis pertama dan paling kuat di dunia. Negara ini wujud dari tahun 1922 hingga tahun 1991. Pada tahun 1991, Parti Komunis hilang kuasa, dan Kesatuan Soviet berpecah menjadi beberapa buah negara merdeka. | UMUM | |
R. ISMAIL | R. ISMAIL (1937- ), penyanyi Singapura. Nama sebenarnya ialah Ismail bin Abdul Rahman. Dia lahir pada 1 Julai 1937 di Singapura. Dia mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Kampung Baru, Tanjung Rhu English School dan Presbyterian Boys School, di Singapura. | BUDAYA | Tokoh |
R.A. NIZA | R.A. NIZA (1940- ), penulis. Dia lahir pada 19 Mac 1940 di Kuala Dipang, Perak. Nama sebenarnya ialah Raja Ahmad bin Raja Ismail. Dia mendapat pendidikan Melayu dan Inggeris di Ipoh dan pernah menjadi guru dari tahun 1959 hingga tahun 1964 di Kampung Simee, Ipoh. | SASTERA | Tokoh |
MEE, R. | MEE, R. ( ? - ? ), pengkaji bahasa Melayu. Tarikh, tempat lahir dan latar belakangnya tidak diketahui. Dia telah menulis sebuah makalah berjudul “An Old Malay Dictionary” yang tersiar dalam <I style="mso-bidi-font-style: normal">Journal Malayan Branch Royal Asiatic Society (JMBRAS), I>halaman 316 hingga halaman 326 (1929). | BAHASA | Tokoh |