AUTORADIOGRAFI | Teknik surihan radioaktif yang melibatkan penggunaan sebatian bertanda radioaktif yang disertakan ke dalam sel, tisu atau organ terutamanya dalam penentuan lintasan atau pengesanan patologi sel. | KEJURUTERAAN | Proses/Tindak Balas |
NOBELIUM | Nobelium ialah unsur radioaktif yang dihasilkan secara artifisial. Simbol kimianya ialah No. Nombor atomnya ialah 102. Ia mempunyai 10 isotop yang diketahui. Isotop sesuatu unsur mempunyai bilangan neutron yang berbeza dalam atomnya dan dengan itu berat atomnya berbeza-beza. Isotop yang paling stabil mempunyai nombor jisim 259 dan separuh hayat 58 minit (lihat Sinaran ). Nobelium boleh dihasilkan hanya terlalu sedikit untuk ditimbang. | UMUM | |
MENDELEVIUM | Mendelevium ialah unsur radioaktif yang dicipta secara artifisial. Simbol kimianya ialah Md, dan nombor atomnya ialah 101. Mendelevium mempunyai 13 isotop yang diketahui. Isotopnya yang paling stabil mempunyai nombor jisim 258 dan separuh hayat 58 hari. Isotop mendelevium yang paling berat mempunyai nombor jisim 260 dan separuh hayat 32 hari. | UMUM | |
AMERISIUM | Amerisium ialah unsur radioaktif tiruan. Simbol kimianya ialah Am dan nombor atomnya ialah 95. Amerisium mempunyai 12 isotop yang diketahui dan isotop yang paling stabil mempunyai nombor jisim 243 dan separuh hayat 7400 tahun. Hanya isotop ini dan isotop yang mempunyai nombor jisim 241 serta separuh hayat 432 tahun boleh dihasilkan dengan banyak. Pada 20°C, amerisium mempunyai ketumpatan 13.67 gram per sentimeter padu (lihat Ketumpatan ). Logam ini cair pada 1173°C. | UMUM | |
DOSIMETER | Alat untuk mengukur paras dedahan terhadap radioaktif dalam suatu jangka masa tertentu. | FIZIK | Alat/Alatan |
KALIFORNIUM | Kalifornium ialah unsur kimia radioaktif yang dihasilkan secara artifisial. Simbol kimianya ialah Cf dan nombor atomnya ialah 98. | UMUM | |
STRONTIUM | Strontium, unsur kimia, ialah logam lembut, berwarna keperakan. Ia wujud sebagai bilangan isotop (atom yang sama nombor atomnya tetapi berbeza beratnya). Strontium 90 ialah isotop radioaktif yang berbahaya yang terdapat pada guguran (serpihan radioaktif di udara) daripada beberapa letupan nuklear. Keradioaktifan isotopnya memusnahkan tisu yang menghasilkan darah pada manusia dan haiwan. | UMUM | |
AKTINIUM | Aktinium, unsur kimia, ialah logam radioaktif berwarna putih keperak-perakan yang jarang-jarang sekali ditemui yang berkilau dalam gelap. Ia terbentuk secara semula jadi melalui pereputan uranium 235. | UMUM | |
PENGHITUNG GEIGER | Alat untuk mengukur dan mengenal pasti bahan radioaktif. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Alat/Alatan |
KURIUM | Kurium ialah unsur radioaktif artifisial. Nombor atomnya ialah 96 dan simbol kimianya ialah Cm. | UMUM | |