MANDIBEL | Mandibel atau tulang rahang bawah, berbentuk seperti ladam kuda. Kita boleh merasakan keseluruhan tulang ini dari dagu hingga ke pelipis. | UMUM | |
PERGIGIAN | Pergigian ialah seni dan sains mendiagnosis, merawat, dan mencegah penyakit-penyakit gigi, rahang, dan tisu lembut di sekeliling mulut. Doktor pergigian menjaga pesakit mereka dalam banyak cara, terutamanya melalui kemahiran mereka mengenal, membetulkan, dan mencegah masalah gigi dan tisu yang menyokong gigi. Doktor pergigian juga boleh mengambil peranan sebagai ahli kesihatan pergigian. Misalnya, mereka boleh mencadangkan cara yang betul untuk memberus gigi supaya gigi sihat. | UMUM | |
SNAPDRAGON | Snapdragon ialah sekumpulan tumbuhan tahan lasak yang bunganya berwarna-warni. Setiap bunga mempunyai dua bibir yang terbuka seperti rahang apabila sisi dipicit. Lebah madu membuka bibir bunga ini untuk mendapatkan madu. Apabila tekanan dilepaskan, bibir bunga tertutup. | UMUM | |
ORANG PILTDOWN | Orang Piltdown menjadi satu bahan gurauan besar dalam kajian manusia prasejarah. Dari tahun 1908 hingga tahun 1912, pelbagai bahagian tengkorak dan rahang telah ditemui dalam satu kawasan lubang batu kerikil di Piltdown, Sussex, England. Sesetengah ahli sains percaya bahawa tinggalan tersebut berasal daripada tulang manusia yang hidup 250 000 tahun yang lalu. Ahli sains yang lain pula menafikannya. Sungguhpun begitu, orang Piltdown menjadi begitu masyhur sehingga dianggap oleh sesetengah ahli sains sebagai penghubung yang tidak diketahui, antara manusia moden dengan beruk. | UMUM | |
TETANUS | Tetanus ialah suatu jenis penyakit yang serius yang menyerang otot. Penyakit ini juga dikenali sebagai kancing gigi kerana kekejangan otot yang kuat (pengecutan otot yang kuat) di bahagian otot rahang menyebabkan mangsa sukar membuka mulutnya. | UMUM | |
POLLOCK | Pollock ialah makanan ikan yang berkaitan dengan ikan kod. Ia terdapat di perairan pantai yang berbatu di Lautan Atlantik Utara <i> . i> Pollock membesar sehingga antara 60 sentimeter hingga105 sentimeter panjang. Bahagian belakangnya berwarna perang-kehijauan, bawahnya pula berwarna cerah, dan ia mempunyai rahang bawah yang memanjang keluar. | UMUM | |
KATAPLEKSI | Katapleksi ialah satu keadaan yang melibatkan kehilangan sementara keadaan normal otot secara tiba-tiba. Ia selalunya disebabkan oleh keadaan emosi yang keterlaluan terutamanya ketawa, marah, dan keterujaan. Serangan katapleksi ini berbeza kadar dan lamanya. Serangan yang sederhana boleh menyebabkan lemah pada lutut, atau rahang ternganga, atau kepala terlentok. | UMUM | |
AUSTRALOID | Australoid ialah ahli kumpulan suku kaum Orang Asli Australia. Ahli kaji bumi menggolongkan Australoid di luar keturunan Mongoloid dan Negroid. Tetapi mereka berselisih pendapat sama ada untuk mengkategorikan mereka sebagai generasi keempat atau sama keturunan dengan puak Caucasoid. Kebanyakan Australoid mempunyai kulit sawo matang, rambut ikal, rahang yang besar, berbibir tebal, dan berhidung besar serta pesek. | UMUM | |
MUKA | Muka ialah bahagian depan kepala seseorang. Ia terdiri daripada dahi, mata, hidung, mulut, pipi, dan dagu. Muka dilitupi otot dan kulit. Mata dilindungi daripada silauan dan habuk oleh kelopak mata, bulu mata, dan bulu kening. Hujung hidung terdiri daripada rawan dan kulit, yang bertindak sebagai kusyen yang anjal. Saluran hidung diliputi bulu halus yang menyaring habuk dan kotoran dalam udara daripada masuk ke dalam hidung. Mulut termasuk bibir, gigi, lidah, dan lelangit, dilapisi membran mukus. Rahang bawah adalah satu-satunya bahagian tulang pada muka yang bergerak. | UMUM | |
SITI NORMA YAAKOB | SITI NORMA YAAKOB, Dato’ (1940 - ), Hakim Mahkamah Tinggi wanita yang pertama (1983) dan Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia wanita yang pertama (1994). Dia lahir pada 6 Julai 1940 di Seremban, Negeri Sembilan. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Rahang (1945-1946) sebelum berpindah ke Convent of the Holy Jesus hingga Tingkatan Lima (1947-1957). Pada tahun 1958, dia bersekolah di King George V, Seremban, Negeri Sembilan. Kemudian dia menyambung pengajiannya dan memperoleh Barrister-at Law dari Gray’s Inn, London pada tahun 1962. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |