AKTA RAHSIA RASMI 1972 | Akta Rahsia Rasmi 1972 ialah undang-undang bertulis berhubung dengan apa yang dikatakan sebagai rahsia kerajaan. Akta Rahsia Rasmi ini disebut atau dibincangkan apabila timbul perbincangan mengenai demokrasi, khususnya hak rakyat untuk mengambil tahu tentang perjalanan pemerintahan negara. | UNDANG-UNDANG | Akta |
POLIS RAHSIA | Polis rahsia digunakan oleh kerajaan-kerajaan tertentu dan diktator bagi mengawal, menakutkan, dan mengintip orang awam. Walau bagaimanapun, kewujudannya dirahsiakan sebagaimana aktivitinya. | UMUM | |
MASUNI | Masuni ialah pertubuhan rahsia yang tersusun bertujuan menjamin kekuasaan bangsa Yahudi di seluruh dunia. | UMUM | |
D-DAY | D-day ialah istilah bagi satu tarikh rahsia menandakan sesuatu operasi ketenteraan akan bermula. | UMUM | |
MAQUIS | Maquis ialah patriot Perancis yang membentuk angkatan tentera rahsia untuk menentang pasukan Jerman yang memerintah Perancis semasa Perang Dunia II (1939–1945). | UMUM | |
EICHMANN, ADOLF | Eichmann, Adolf (1906–1962), leftenan kolonel dalam polis rahsia Nazi Jerman, telah disabitkan dan dihukum kerana peranannya dalam membunuh kira-kira enam juta orang Yahudi semasa Perang Dunia II. | UMUM | |
NEWTON, SIR ISAAC | Newton, Sir Isaac (1642–1727) ialah ahli sains astronomi, dan matematik Inggeris, yang mencipta sejenis matematik baru, menemui rahsia cahaya dan warna, dan menunjukkan bagaimana alam semesta berada dalam kedudukannya. Dia kadangkala dikenali sebagai “salah seorang tokoh yang paling agung dalam sejarah pemikiran manusia” kerana sumbangannya yang besar terhadap matematik, fizik, dan astronomi. | UMUM | |
KGB | KGB ialah sebuah agensi kerajaan Kesatuan Soviet sehingga tahun 1991. Agensi ini mengendalikan sebuah pasukan polis rahsia untuk mengekalkan kuasa Parti Komunis ke atas negara tersebut. | UMUM | |
ORGANIZATION | Australian Security Intelligence Organization (ASIO)] mengumpul dan menilai maklumat yang diputuskan oleh ketua pengarahnya sebagai sesuatu yang ada hubung kait dengan keselamatan negara. Sebahagian maklumat ini adalah rahsia. Peguam Negara bertanggungjawab kepada Parlimen bagi pihak ASIO. Kerajaan persekutuan menubuhkan ASIO pada tahun 1949. | UMUM | |
SABUNG AYAM | Sabung ayam ialah sukan yang melibatkan perlagaan dua ekor ayam sabung dalam satu pertarungan sehingga membawa maut. Sukan tersebut diharamkan di banyak negara. Namun begitu, kadangkala ia dijalankan secara rahsia. Sabung ayam merupakan salah satu sukan awam yang popular di Sepanyol, Amerika Latin, dan bahagian-bahagian Asia Timur. | UMUM | |