Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
raja (kata nama)
1. Rujuk perintah pemerintah

2. Dalam konteks gelaran
bersinonim dengan tuanku, tunku, tengku, ungku, pangeran, syed, sheikh,

Kata Terbitan : meraja, merajai, merajakan, kerajaan, berkerajaan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RAJA MANSOR RAJA ABDUL KADIR

RAJA MANSOR RAJA ABDUL KADIR (1905-1947), penulis dan wartawan. Dia lahir di Gebang, Tanjung Pura, Langkat, Sumatera, Indonesia. Nama lain yang pernah digunakan ialah Ratuman atau Tengku Rolam. Raja Mansor berketurunan bangsawan. Ayahnya daripada kerabat diraja Perak, sementara ibunya pula berasal dari istana Langkat. Raja Mansor mendapat pendidikan awal di tempat kelahirannya. Dia kemudian melanjutkan pelajaran di Hollandsch Inlandsche School (HIS) di Medan hingga tamat pada tahun 1929.1">  

SASTERATokoh
ADAT PERTABALAN YANG DI-PERTUAN AGONG

ADAT PERTABALAN YANG DI-PERTUAN AGONG, upacara menabalkan sultan yang dilantik oleh Majlis Raja-raja Melayu sebagai Yang di-Pertuan Agong. Upacara ini diadakan lima tahun sekali dan penuh dengan adat istiadat diraja.

1">           

BUDAYAKonsep
ADAT PERTABALAN RAJA PERLIS

ADAT PERTABALAN RAJA PERLIS, upacara menabalkan Raja Perlis yang baharu untuk menggantikan raja yang mangkat. Adat ini diadakan di Istana Arau, dihadiri oleh menteri besar, pemimpin-pemimpin negeri, ketua-ketua kaum, penghulu-penghulu mukim serta sultan-sultan dan yang dipertua negeri.

1">           

BUDAYAKonsep
RAJA LOPE RASHID

RAJA LOPE RASHID (1909-   ),  anggota Skuad Pertama Kompeni Percubaan Askar Melayu. Dia lahir pada 1 Julai 1909 di Teluk Anson, Perak. Nama sebenarnya ialah Raja Lope Nor Rashid bin Raja Abdul Rahman. Dia mendapat pendidikan awal di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak. Kemudian dia melanjutkan pelajarannya di Public School, Magdalan College, Oxford, England. Raja Lope adalah seorang kerabat diraja yang terulung menceburkan diri dalam bidang ketenteraan moden tanah air. Dia adalah salah seorang daripada 25 anak Melayu yang terpilih menyertai Skuad Pertama Kompeni Percubaan Askar Melayu di Port Dickson pada 1 Mac 1933. Dia juga salah seorang daripada dua anggota Kompeni Percubaan terulung yang diberikan pangkat lans koperal.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN

JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN, jawatankuasa yang bertanggungjawab mengeluarkan fatwa. Jawatankuasa ini diwujudkan oleh Persidangan Majlis Raja-raja yang diadakan pada 1 Julai 1968, yang telah memutuskan penubuhan Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia. Majlis tersebut merupakan sebuah badan kebangsaan bagi menyelaras kerja, kegiatan dan pentadbiran hal ehwal agama Islam di Malaysia.

BUDAYAInstitusi/Organisasi
PEMANCA

1.25pt 0pt 1pt; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PEMANCA,  satu gelaran atau jawatan penting dalam pemerintahan Kesultanan Melayu Brunei.  Bagi Negara Brunei Darussalam, gelaran pemanca wujud dalam sistem pentadbirannya sejak pemerintahan Kesultanan Melayu Islam pada awal abad ke-13.   Mengikut salasilah raja-raja Brunei, gelaran Pangeran Pemanca mula diadakan pada masa pemerintahan Sultan Hassan (m.m. 1582 – 1598).  Sebelum baginda, gelaran wazir yang ada warisan daripada Sultan Muhammad Syah (Awang Alak Betatar) ialah bendahara dan temenggung.  Sultan Hasan menambah dua orang lagi wazir, iaitu Pengeran Digadong dan Pangeran Pemanca.  Daripada bukti lisan dan <I style="mso-bidi-font-style: normal">Syair Awang Semaun, I>gelaran pangeran sebelum gelaran wazir mungkin diterapkan dalam adat diraja Brunei sezaman dengan Sultan Muhammad Syah.  Gelaran itu dipercayai adalah pengaruh Majapahit di Jawa.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran
PEMINJAMAN BAHASA SANSKRIT

1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PEMINJAMAN BAHASA SANSKRIT, proses peminjaman dalam bahasa Melayu.  Kosa kata bahasa Sanskrit masuk ke dalam bahasa Melayu sejak zaman prasejarah.  Braddell menyatakan bahawa kosa kata itu meliputi agama, falsafah, perdagangan, barangan muzik, undang-undang, raja-raja dan istana, flora dan fauna, dan sebagainya.

BAHASAKonsep
RAJA IBRAHIM

RAJA IBRAHIM ( ?  - 1678), ketua orang Minangkabau di Rembau dan Sungai Ujong serta Naning (1677-1678). Raja Ibrahim adalah seorang imam dan menetap di Aceh, Sumatera, Indonesia.

1">           

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SURUHANJAYA REIDKapsyen1">          :1">           Dato’ Onn Jaafar sedang menunjukkan memorandum UMNO-MCA kepada Suruhanjaya Reid, semasa kempen Pilihan Raya 1955

 

SURUHANJAYA REID, badan yang dibentuk bagi mendraf perlembagaan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957. Badan ini terbentuk hasil daripada pertemuan dan perbincangan kemerdekaan Tanah Melayu di London dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956. Perbincangan tersebut telah dihadiri oleh Setia Usaha Tanah Jajahan, Pesuruhjaya Tinggi, Menteri Negeri United Kingdom dan wakil Perikatan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra dan wakil raja-raja Melayu yang diketuai oleh Dato’ Panglima Bukit Gantang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
PERJANJIAN MALAYAN UNION

PERJANJIAN  MALAYAN UNION (1946), perjanjian yang ditandatangani antara wakil kerajaan British dengan raja-raja Melayu.  Perjanjian ini telah diluluskan oleh Parlimen Britain dan dikuatkuasakan pada 1 Januari 1946.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPerjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan
1234

Kembali ke atas