PERJANJIAN LIMERICK | Perjanjian Limerick ialah perjanjian yang menamatkan peperangan antara raja-raja England, William III dengan James II. Orang Inggeris telah menggulingkan James, yang bermazhab Roman Katolik pada tahun 1688 dan telah melantik William yang bermazhab Protestan sebagai raja. Penyokong James yang dikenali sebagai Jacobites , mula memberontak di Ireland pada tahun 1689. William III telah mengalahkan pihak Jacobites berulang kali sehingga pada tahun 1691, mereka hanya menguasai Limerick. Angkatan Jacobites membuat keputusan untuk menyerah diri dan kedua-dua pihak menandatangani Perjanjian Limerick pada 3 Oktober. | UMUM | |
SENI BINA GEORGE | Seni bina George ialah gaya utama seni bina di England semasa pemerintahan Raja George I, II, III, dan IV. Raja-raja ini memerintah dari tahun 1714 hingga tahun 1830. Seni bina George juga banyak mempengaruhi bangunan di koloni Amerika dan Amerika Syarikat Timur pada tahun 1700-an dan awal tahun 1800-an. | UMUM | |
PERJANJIAN WINDSOR | Perjanjian Windsor ialah persetujuan yang dibuat pada tahun 1175 antara Henry II, raja England , dengan Rory O’Connor, raja tinggi Ireland yang terakhir. Perjanjian tersebut menetapkan bidang kuasa Henry ke atas ketua- ketua yang memerintah Ireland. | UMUM | |
ALVA, DUKE OF | Alva, Duke of (1508?–1582?), juga dikenali sebagai Duke of Alba, ialah jeneral dan diplomat Sepanyol yang berkhidmat dengan Raja Charles I dan Philip II, Raja Sepanyol. Pada tahun 1567, Raja Philip melantiknya sebagai Gabenor Belanda, dan mengarahkannya menghapuskan pemberontakan terhadap Sepanyol yang terjadi di Belanda. | UMUM | |
PETER II | Peter II (1923–1970) menjadi raja Yugoslavia pada tahun 1934 ketika berusia 11 tahun apabila bapanya, Raja Alexander, dibunuh. | UMUM | |
REVOLUSI GEMILANG | Revolusi Gemilang berlaku pada tahun l688 bagi menamatkan pemerintahan Raja James II di England dan melantik William III dan Mary II sebagai pewaris takhta. Revolusi itu memantapkan hak Parlimen untuk mengawal warisan terhadap takhta dan mengehadkan kuasa raja. Pada tahun l689, Parlimen meluluskan Rang Undang-undang Hak Asasi yang mengharamkan penganut Roman Katolik daripada menaiki takhta dan melarang seseorang raja daripada menangguh undang-undang, mengekalkan angkatan tentera ketika aman, atau pengenaan cukai tanpa kelulusan Parlimen. | UMUM | |
RAMSES II | Ramses II ialah Firaun (raja) Mesir yang memerintah dari tahun 1290 S.M. hingga tahun 1224 S.M. Ramses menaiki takhta semasa masih muda. | UMUM | |
ALBERT II | Albert II (1934– ), menjadi raja Belgium pada tahun 1993, apabila kemangkatan saudara lelaki baginda Badouin. | UMUM | |
MONMOUTH, DUKE OF | Monmouth, Duke of (1649–1685) ialah orang Inggeris yang mengetuai satu pemberontakan yang gagal menentang Raja James II. Dia ialah anak lelaki Charles II dengan seorang perempuan Welsh bernama Lucy Walter. Dia berhak mewarisi takhta England. Terdapat sedikit keraguan mengenai keturunannya, tetapi Charles mengaku Monmouth adalah anaknya. | UMUM | |
RIZAB BARAT | Rizab Barat . Pada tahun 1662, Raja Charles II dari England telah menganugerahi sebuah piagam kepada tanah jajahan Connecticut. | UMUM | |