Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : permaisuri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
raja (kata nama)
1. Rujuk perintah pemerintah

2. Dalam konteks gelaran
bersinonim dengan tuanku, tunku, tengku, ungku, pangeran, syed, sheikh,

Kata Terbitan : meraja, merajai, merajakan, kerajaan, berkerajaan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RAJA BIRU

RAJA BIRU (?  -1624), Raja Perempuan Patani yang kedua (1616-1624). Baginda ialah adik kepada Raja Hijau, Raja Perempuan Patani sebelumnya. Baginda menaiki takhta dalam usia 50 tahun, dan memerintah Patani selama lapan tahun.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
M. RAJAMANI

M. Rajamani (1943– ), atlet dan olahragawati

Malaysia. Dia lahir pada 11 November 1943 di

Tapah, Perak. Dia menerima pendidikan di Tapah

Government English School dan Sekolah Menengah

Raja Perempuan di Ipoh, Perak.

UMUM 
RAJA UNGU

RAJA UNGU ( ? -1635), Raja Perempuan Patani yang ketiga (1624-1635). Baginda ialah adik kepada Raja Biru (1616-1624), dan bekas Permaisuri Pahang. Baginda pulang ke Patani pada tahun 1614 selepas menetap di Pahang selama 30 tahun iaitu setelah kemangkatan suaminya, Sultan Abdul Ghafur ibni Sultan Abdul Kadir.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
TUN FATIMAHTUN FATIMAH ( ? - ?), raja perempuan Melaka.  Dia ialah anak Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir.  Dia digambarkan sebagai gadis yang sangat cantik.  Mengikut Sejarah Melayu, kecantikan Tun Fatimah seperti “... laut madu, bercahaya-cahaya, berkilat, seperti bulan purnama ketika cuaca”.  Tun Fatimah berkahwin dengan Tun Ali, anak Seri Nara Diraja Tun Tahir.  Sultan Mahmud yang berangkat menghadiri majlis perkahwinan Tun Fatimah jatuh hati kepadanya dan mendendami Bendahara Tun Mutahir kerana tidak memberitahu baginda yang dia mempunyai anak perempuan yang cantik.  Hasil perkahwinan tersebut, Tun Fatimah dikurniakan cahaya mata dan diberi nama Tun Terang.  SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
RAJA KUNING

RAJA KUNING ( ? -1651), Raja Perempuan Patani yang terakhir (1635-1651), juga raja terakhir daripada dinasti Raja Seri Wangsa yang memerintah Patani sejak pertengahan abad ke-4. Baginda ialah puteri Raja Ungu dan suaminya, Sultan Abdul Ghafur, Sultan Pahang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
PAKAIAN CIK SITI WAN KEMBANG

PAKAIAN ClK SITI WAN KEMBANG, pakaian tradisi kaum wanita Kelantan yang terdiri daripada sehelai kain sarung dan dua helai kain panjang yang digunakan untuk kemban dan penutup kepala hinggalah ke bahu.  Fesyen ini dipercayai menjadi kegemaran Cik Siti Wan Kembang, raja perempuan Negeri Kelantan, pada awal abad ke-17.  Pakaian kemban telah direkodkan oleh penulis Portugis pada awal abad ke-15 sebagai pakaian tradisi wanita Melayu.

BUDAYAPakaian
DIDO

Dido, dikenali juga sebagai Elissa, merupakan

tokoh legenda yang menemukan Carthage

dan juga menjadi ratu Carthage. Dia ialah anak

perempuan Raja Belus dari Tyre, dan isteri kepada

Sychaeus, atau Acerbas.

UMUM 
SULTAN ISMAIL PETRAKapsyen          :           Sultan Ismail Petra

 

SULTAN ISMAIL PETRA (1949-       ), Sultan Kelantan yang ke-12 (1979-       ). Baginda diputerakan pada 11 November 1949 di Istana Jahar, Kota Bharu, Kelantan. Baginda ialah putera bongsu kepada Sultan Yahya Petra ibni Sultan Ibrahim dan Raja Perempuan Tengku Zainab Tengku Muhammad Petra. Baginda mendapat pendidkan di Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu. Di samping itu, baginda belajar secara sendirian daripada seorang guru khas di istana.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
ARIADNE

Ariadne dalam mitologi Yunani ialah anak

perempuan Minos, raja Crete. Dia jatuh cinta

dengan wira Yunani Theseus ketika wira ini pergi

ke Crete untuk membunuh raksasa yang dikenali

sebagai Minotaur. Raksasa ini tinggal di rangkaian

laluan yang mengelirukan yang dikenali sebagai

Labyrinth. Ariadne memberikan sebuku benang

kepada Theseus apabila Theseus memasuki

Labyrinth supaya dia dapat meninggalkan kesan

dan kemudian mencari jalan keluar. Theseus

membunuh Minotaur dan melarikan diri dari Crete

bersama-sama Ariadne tetapi meninggalkannya di

Pulau Naxos. Dewa Dionysus menemui Ariadne di

sana dan mengahwininya.

UMUM 
SULTAN ABU SHAHID

SULTAN ABU SHAHID ( ? - 1446), Sultan Melaka yang keempat (1444 – 1446).  Nama sebenar baginda ialah Raja Ibrahim.  Mengikut sumber Portugis dan China, nama baginda disebut juga sebagai Parameswara Dewa Syah.  Baginda adalah putera Sultan Muhammad Syah dan bondanya puteri Raja Rokan, Sumatera.  Ayahanda baginda juga mempunyai seorang lagi isteri bernama Tun Wati binti Mani Purindan, adik kepada Tun Ali yang kemudiannya memegang gelaran Seri Nara Diraja.  Perkahwinan ayahanda baginda dengan Tun Wati melahirkan Raja Kassim (Sultan Muzaffar Syah).  Ini bererti Raja Ibrahim dan Raja Kassim bersaudara tiri.  Walaupun dikatakan berpangkat adik dengan Raja Kassim, tetapi akibat pengaruh bondanya yang pada ketika itu menjadi Raja Perempuan Melaka dan baginda anak gahara, maka Raja Ibrahim ditabalkan sebagai Sultan Melaka setelah kemangkatan Sultan Muhammad Syah.  Baginda memakai gelaran Sultan Abu Shahid.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
123

Kembali ke atas