RAJAH | | UMUM | |
GAMBAR RAJAH FASA | Lakaran rajah yang menunjukkan keadaan fizikal atau fasa sesuatu bahan. Sebagai contoh, bagi H2O, fasa cecairnya ialah air dan fasa pepejalnya ialah ais. Secara am, dalam industri petroleum, gambar rajah fasa diperoleh daripada kajian PVT (tekanan-isipadu-suhu)....Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Konsep |
GAMBAR RAJAH BEBAS | Gambar rajah bebas, lakaran atau lukisan yang biasanya berbentuk garisan-garisan anak panah lurus. | FIZIK | Alat/Alatan |
OKTAHEDRON | Oktahedron ialah sebarang rajah pepejal dengan lapan muka. Ia adalah sejenis polihedron (rajah pepejal dengan pelbagai muka). Muka oktahedron tidak semestinya berbentuk sama. Sesetengahnya mungkin segitiga dan terdapat jenis poligon yang lain. Pelbagai jenis oktahedron yang dikenali sebagai oktahedron sekata ialah polihedron cembung dengan kelapan-lapan mukanya bersamaan pada sebarang segitiga sama sisi. | UMUM | |
TEKA SILANG KATA | Teka silang kata ialah permainan kata yang popular. Ia biasanya dimainkan pada gambar rajah segi empat sama hitam dan putih. Satu set takrif atau klu bernombor biasanya dicetak berhampiran dengan gambar rajah ini. Tujuannya adalah untuk menjawab klu dengan kata yang bersilang melintang dan ke bawah gambar rajah ini. Pemain menulis setiap kata jawapan dalam baris segi empat sama yang kosong pada nombor yang sepadan dengan nombor klu. | UMUM | |
GAMBAR RAJAH VENN | Gambar rajah Venn, ilustrasi yang digunakan dalam bidang matematik sebagai salah satu cara penyampaian dan penyelesaian set. Ia diperkenalkan oleh John Venn, ahli matematik dan falsafah Inggeris. | MATEMATIK | Konsep |
OKTAGON | Oktagon ialah rajah satah bersisi lapan. Ia merupakan sejenis poligon. Bahagian sisi oktagon bertemu di titik yang dikenali sebagai puncak membentuk lapan sudut dalam. Jumlah sudut dalam sesuatu oktagon sentiasa membentuk 1080 ° C. Sejenis oktagon yang dikenali sebagai oktagon sekata mempunyai sisi dan sudut yang sama. Luas oktagon sekata bersamaan separuh hasil perimeter dan apothem , jarak dari tengah-tengah poligon sekata hingga titik tengah salah satu sisinya. | UMUM | |
POLIGON | Poligon ialah rajah satah yang disempadani oleh segmen garis yang dikenali sebagai sisi . Jumlah panjang semua sisi pula ialah perimeter . Sudut yang terbentuk oleh sisi adalah sudut poligon, manakala titik pertemuan semua sisinya ialah verteks poligon tersebut. Poligon yang mempunyai tiga sisi dikenali sebagai segi tiga; empat sisi, segi empat; lima sisi, pentagon; enam sisi, heksagon; tujuh sisi, heptagon; lapan sisi, oktagon; sembilan sisi dikenali sebagai nonagon; sepuluh sisi, dekagon; sebelas sisi, hendekagon; dan dua belas sisi, dodekagon. | UMUM | |
SFEROID | Sferoid ialah rajah padu yang menyerupai sfera tetapi bentuknya tidak betul-betul bulat. Bumi ialah sferoid oblat kerana lebarnya di sepanjang Garisan Khatulistiwa melebihi ukuran panjangnya dari Kutub Utara ke Kutub Selatan. Bola ragbi ialah sferoid lonjong kerana ukuran panjangnya melebihi ukuran lebarnya. | UMUM | |
SFERA | Sfera ialah rajah padu berbentuk bola atau glob. Istilah sfera berasal daripada perkataan Yunani sphaira, bermakna bola. Dalam geometri, ahli matematik mendefinisikan sfera sebagai satu set titik di ruang udara pada jarak tetap dari satu titik tetap yang dikenali sebagai pusat . Ini bermakna bahawa sfera ialah bongkah yang dibatasi oleh satu permukaan. Permukaan ini tidak mempunyai sudut atau sempadan, dan setiap titik di permukaan mempunyai jarak yang sama dari pusat. | UMUM | |