Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rajanya

Puisi
 

Sehari bulan rajanya harimau,
     Harimau tidur di rimba jati;
Semakin hati bertambah igau,
     Tuan seorang di mata hati.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KERAJAAN NEGERI SEMBILAN

KERAJAAN NEGERI SEMBILAN, institusi pemerintahan Negeri Sembilan. Rajanya memakai gelaran Yang Dipertuan Besar. Keturunan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan hari ini daripada Raja Lenggang yang memerintah Negeri Sembilan (1808-1824). Walau bagaimanapun, sebelum baginda, sudah ada beberapa orang raja yang memerintah Negeri Sembilan, misalnya, Raja Kasah, Raja Adil, Raja Melewar dan Raja Hitam. Mengikut sumber yang ada, Raja Kasah dan Raja Adil diturunkan dari takhta kerajaan kerana gagal memerintah dan memajukan adat sebagaimana dikehendaki Dato' yang menjemput mereka.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
PENGAJIAN MELAYU DI UNITED KINGDOM

PENGAJIAN Melayu DI UNITED KINGDOM, pusat pengajian bahasa Melayu.  Kerajaan Inggeris, para pedagang Inggeris dan rajanya selama beberapa abad sudah mempunyai hubungan yang erat dengan dunia Melayu dan raja-rajanya.  Salah satu tanda nyata yang terkemuka daripada sifat hubungan itu ialah warkah daripada Sultan Aceh, Iskandar Muda Mahkota Alam kepada King James I yang ditulis pada tahun 1615.  Warkah-warkah dari Semenanjung Tanah Melayu yang tersimpan di England menunjukkan bahawa hubungan antara orang Melayu dengan orang Inggeris pada abad ke-18 lebih erat lagi.

BAHASAInstitusi/Organisasi
SYAIR AWANG SEMAUNSYAIR AWANG SEMAUN, puisi Melayu tradisional. Syair ini ialah sebuah syair sejarah yang menceritakan permulaan sejarah Brunei dan asal usul rajanya. Syair ini hanya terdapat di Brunei. Dalam koleksi manuskrip Melayu yang tersimpan di Muzium Brunei tersimpan empat jilid syair ini bertaip dalam tulisan Rumi. Terdapat sembilan syair ini dalam koleksi Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei yang terdiri daripada beberapa versi yang lengkap dan tidak lengkap. Ada beberapa di antaranya yang merupakan versi otentik dalam tulisan Jawi, sementara yang lain adalah salinan dalam tulisan Rumi.SASTERAKonsep
NORTHUMBRIA

Northumbria ialah kerajaan awal Inggeris yang

terletak paling ke utara. Ia dibentuk oleh kesatuan

kerajaan-kerajaan Bernicia dan Deira. Northumbria

ketika itu merangkumi keseluruhan England di

utara Sungai Humber, barat laut Scotland, dan

timur Scotland sejauh ke utara sehingga Firth of

Forth .

Pada tahun 600 M., Northumbria ialah kerajaan

Inggeris yang paling kuat dan merupakan pusat

pendidikan utama di kawasan barat Eropah. Raja-

rajanya termasuk Edwin, Oswald, dan Oswiu. Ia

mengubah kepercayaan kepada agama Kristian

yang disebabkan oleh golongan mubaligh dari

Rom dan mubaligh Celtik.

UMUM 
SALASILAH MELAYU DAN BUGIS

SALASILAH MELAYU DAN BUGIS, karya sastera bercorak sejarah.  Judul penuhnya ialah Salasilah Melayu dan Bugis Lama dan Sekalian Raja-rajanya.  Karya ini ditulis pada 28 Ogos 1865 oleh Raja Ali Haji bin Raja Ahmad, seorang pujangga Melayu dan cucu kepada Raja Haji.

SASTERAKarya
TANJUNG PURA

TANJUNG PURA, ibu kota kerajaan Hindu Nagara Dipa, di Kalimantan, Indonesia.  Tanjung Pura terletak di hulu Sungai Nagara di sekitar Amuntai sekarang, termasuk dalam Propinsi Kalimantan Selatan.  Nagara Dipa ialah sebuah kerajaan bercorak Hindu.  Rajanya Ampu Jatmika pernah mengirim utusan ke negeri China untuk mendapatkan seorang ahli pembuat patung logam, untuk menggantikan patungnya yang diperbuat daripada kayu.  Utusan yang dikirimkan itu membawa hasil Nagara Dipa seperti intan, mutiara, damar, madu dan orang utan.  Selain itu, Nagara Dipa juga mempunyai hubungan dengan Majapahit, kerana pengganti Ampu Jatmika adalah Raden Putra, seorang keturunan Majapahit yang berkahwin dengan puteri Junjung Buih.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat

Kembali ke atas