ELEGI | Elegi ialah puisi yang biasanya dikaitkan dengan kematian, selalunya kematian rakan-rakan. | UMUM | |
RAKAN SEJENAYAH | | UMUM | |
RAKAN MUDA | Projek khas untuk golongan muda | SUKAN | Kegiatan |
SHERRITT, AARON | Sherritt, Aaron (1857?–1880), warga Australia, telah digambarkan sebagai “rakan dan telegraf belukar untuk geng Kelly.” Dia dibunuh oleh Joe Byrne, salah seorang anggota geng tersebut. | UMUM | |
PERKONGSIAN | Perkongsian ialah satu pertubuhan yang dibentuk oleh dua orang atau lebih untuk menjalankan sesuatu perniagaan. Mereka biasanya bersetuju secara bertulis ataupun secara lisan untuk menjadi rakan kongsi. Walau bagaimanapun, seseorang yang menjalankan perniagaan bersama-sama dan berkongsi keuntungannya, biasanya dianggap sebagai rakan kongsi, walaupun mereka tidak bermaksud begitu. | UMUM | |
AMIS, KINGSLEY | Amis, Kingsley (1922–1995) ialah penulis novel Inggeris yang terkenal dengan kisah satiranya yang lucu pintar tentang masyarakat British. Karyanya yang paling termasyhur ialah novelnya yang pertama, <I>Lucky Jim I>(1954). Dalam novel ini, Jim Dixon, seorang pensyarah universiti yang muda berasa meluat terhadap kepura-puraan rakan-rakan sekerjanya dan kerja mereka. Jim menghina pegawai atasannya dan bereaksi dengan telatah lucu. Akibatnya dia dipecat dari universiti. Novel-novelnya yang lain termasuk <I>That Uncertain Feeling I>(1955), <I>Take a Girl Like You I> (1960), <I>One Fat Englishman I>(1964), <I>The Green Man I> (1970), <I>Jake’s Thing I>(1979), <I>Stanley and the Women I> (1984), dan <I>The Old Devils I>(1986). | UMUM | |
MA YUAN | Ma Yuan ialah pelukis yang terkenal daripada ahli keluarga pelukis Cina yang dihormati. Bersama-sama rakan pelukisnya, Xia Gui (juga dieja dengan Hsia Kuei), Ma Yuan telah menghasilkan sebahagian daripada lukisan landskap dengan menggunakan dakwat terkenal pada awal tahun 1200-an pada Zaman Song (Sung) Selatan di China. | UMUM | |
PIAGET, JEAN | Piaget, Jean (1896–1980), ahli psikologi Switzerland yang terkenal dengan kajiannya tentang proses pemikiran kanak-kanak. Dia dan rakan kongsinya menerbitkan lebih daripada 30 jilid buku tentang tajuk ini. | UMUM | |
SYAIR BURUNG | SYAIR BURUNG, puisi Melayu Tradisional. Syair Burung mengandungi ajaran Islam. Naskhah syair ini terdapat di Jakarta dan Leiden. Naskhah di Jakarta (Bat. Gen. 61) yang ditulis pada 30 Syawal 1248 H. Menyebut seorang yang bernama Talib, pedagang di Malabar sebagai penulisnya. Naskhah di Leiden (KL. 171) yang ditulis pada tahun 1857 menyebut Raja Hassan, anak Raja Ali dari Pulau Penyengat sebagai penulis. Syair ini pernah dicap batu di Singapura dan Jambi. Naskhah di Jakarta diterbitkan oleh Jumsari Jusuff dan rakan-rakan. | SASTERA | Konsep |
DEGAS, EDGAR | Degas, Edgar (1834–1917) ialah pelukis impresionis Perancis. Seperti pelukis impresionis yang lain, dia mahu menggambarkan keadaan kehidupan moden. Walau bagaimanapun, dia tidak berkongsi kecenderungan dengan rakan impresionisnya dalam hal warna dan cahaya. | UMUM | |