AMUNDSEN, ROALD | Amundsen, Roald (1872–1928), penjelajah Norway, mengetuai ekspedisi yang pertama sampai di Kutub Selatan. Amundsen dan empat orang rakannya menemui kutub tersebut pada 14 Disember 1911. Mereka mendahului ekspedisi Inggeris yang diketuai oleh Robert F. Scott lima minggu lebih awal. Amundsen juga terkenal kerana kerap membuat penjelajahan di Artik. | UMUM | |
SIMON, PAUL | Simon, Paul (1942– ) ialah penyanyi, penulis lirik lagu, dan pemain gitar Amerika yang menubuhkan kumpulan muzik rakyat yang terkenal pada tahun 1960-an bersama-sama dengan rakannya semasa kecil, Art Garfunkel. Simon memulakan kariernya sebagai penyanyi solo yang berjaya pada tahun 1970-an. | UMUM | |
APPOLINAIRE, GUILLAUME | Appolinaire, Guillaume (1880–1918), penyair Perancis yang merupakan salah seorang pemimpin seni di Paris pada dekad sebelum Perang Dunia I (1914–1918). Kesannya terhadap syair sama seperti rakannya Pablo Picasso dalam lukisannya. Appolinaire bereksperimen dalam gaya kesusasteraan moden. Sebagai pengkritik seni, dia berjuang untuk kubisme dan lukisan abstrak awal. Pada tahun 1917, dia mencipta perkataan surealisme (lihat Surealisme ). | UMUM | |
MISHIMA, YUKIO | Mishima, Yukio (1925–1970) ialah nama pena novelis Jepun yang banyak menulis tentang adat resam pahlawan samurai zaman purba. Apabila dikritik oleh masyarakat moden yang demokrasi, dia dan rakannya membunuh diri mengikut adat Samurai, seppuku. Lihat Samurai. | UMUM | |
SYEIKH MUHAMMAD ARSYAD AL-BANJARI | Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari (1710–1812) ialah ulama Indonesia. Nama penuhnya ialah Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al- Banjari. Semasa berada di Betawi, dia bersama-sama rakannya, iaitu Syeikh Abdul Samad al-Falembani, Syeikh Daud al-Fathani dan Syeikh Abdul Wahab Bugis telah ditangkap oleh pihak Belanda kerana disyaki menimbulkan kekacauan di sana. | UMUM | |
KETERANGAN RAJA | Keterangan raja. Di United Kingdom, apabila seseorang yang dituduh melakukan jenayah memberikan keterangan di mahkamah terhadap rakannya yang terlibat dalam jenayah yang sama, secara sukarela dan setelah mendapat keizinan, dia dikatakan membuat keterangan raja. | UMUM | |
RENOIR, PIERRE AUGUSTE | p> Renoir, Pierre Auguste (1841–1919), pelukis impresionis Perancis yang terkenal dengan lukisan gadis muda, kanak-kanak, dan potret kemesraan dalam kehidupan kelas pertengahan Perancis. Dia gemar melukis kumpulan orang yang sedang bergembira dalam suasana yang ghairah, dan dia selalu menggunakan rakan-rakannya sebagai model. Dia selalu melukis potret isteri dan anaknya. | UMUM | |
JINS SHAMSUDIN, DATO' | JINS SHAMSUDIN, Dato’ (1935- ), pelakon, pengarah dan penerbit filem. Dia lahir pada 5 November 1935 di Taiping, Perak. Nama sebenarnya ialah Mohamed Jin bin Shamsudin. Jins dikenal dengan panggilan Zain di kalangan keluarga dan rakan-rakannya. Bapanya Samsudin bin Kassim keturunan bangsawan Batu Bara berasal dari Aceh. | BUDAYA | Tokoh |
RENTAP | RENTAP (? - ? ), pejuang anti-British. Rentap berasal dari Skrang, Bahagian Sri Aman, Sarawak. Dia memimpin orang-orangnya menentang pemerintahan dan dasar yang diperkenalkan oleh James Brooke pada tahun 1840-an. Baginya dasar James Brooke yang menghalang kebebasan hidup masyarakat Iban yang berpindah dari satu kawasan ke satu kawasan yang baharu bererti membantutkan cara hidup masyarakat Iban yang gemar berhuma. Rentap dan rakan-rakannya menentang dasar pemerintahan Brooke demi mengekalkan cara hidup mereka. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
WAN A. RAFAR | WAN A. RAFAR (1947- ) penyair. Nama sebenarnya ialah Wan Abdul Rafar @ Yaakub bin Ishak. Dia lahir pada 3 Februari 1947 di Pasir Mas, Kelantan. Dia mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Laki-laki Pasir Mas pada tahun 1954, manakala pendidikan menengahnya diperoleh di Sekolah Menengah Sultan Ibrahim Pasir Mas (1960-1964). Sewaktu di sekolah menengah, dia aktif dalam Persatuan Bahasa Melayu dan bersama rakan-rakannya, dia pernah mementaskan Atap Genting Atap Rumbia). | SASTERA | Tokoh |