SINABAR | Sinabar ialah bijih raksa yang terpenting. Ia membekalkan kebanyakan bekalan raksa dunia. Sinabar ialah mineral berwarna merah terang yang mengandungi sulfur dan juga raksa. Ahli sains menamakannya sulfida raksa dan simbol kimianya ialah HgS. Sinabar biasanya terdapat dalam jisim tanah atau bertaburan dalam baiduri. Ia jarang wujud sebagai hablur. Bijihnya didapati kebanyakannya dekat permukaan bumi, yang dekat dengan batu gunung berapi dan mata air panas. Mendapannya terdapat di China, Slovenia, Sepanyol, dan Amerika Syarikat. Lihat juga Mineral (gambar). | UMUM | |
KROM RAKSA | Krom raksa ialah nama dagangan untuk antiseptik lemah yang digunakan dalam larutan air. Nama rasminya ialah merbromin. | UMUM | |
MERKURI | Merkuri atau juga dikenali sebagai raksa ialah unsur kimia dengan simbol Hg. Ia adalah sejenis logam berwarna perak, dan tidak seperti logam lain, merkuri pada suhu bilik adalah cecair. Merkuri boleh mengalir dengan cepat dan mudah, hinggakan ia kadangkala dikenali sebagai perakpantas. Tiada siapa yang tahu siapa yang menemui merkuri, tetapi orang Cina, Mesir, Yunani, India dan Rom purba telah mengetahui tentang logam ini. Ia dinamakan sempena nama pengutus pantas dewa dalam mitos Rom. | UMUM | |
TEKNOLOGI VAKUM | Tekanan atmosfera boleh diterangkan dalam beberapa unit seperti berat turus raksa (Hg) pada suatu unit luas keratan rentas dengan ketinggian 760 mm. | FIZIK | Proses/Tindak Balas |
TAKAT BEKU | Takat beku ialah suhu apabila sesuatu bahan berubah dari cecair menjadi pepejal. Takat beku bahan yang berlainan sangat berbeza-beza. Raksa, misalnya, membeku pada –38.87 ° C. Walau bagaimanapun, emas mempunyai takat beku 1063 ° C. Takat beku bahan tulen serupa dengan takat lebur nya (lihat Takat lebur ). Misalnya, air membeku pada 0 ° C, dan bentuk pepejalnya, ais, cair pada suhu yang sama. Apabila sesuatu bahan tulen berada pada takat bekunya, bentuk cecair dan pepejal bahan tersebut berada dalam keseimbangan dengan satu sama lain. Melainkan haba ditambah atau disingkirkan, ia akan kekal dalam keadaan itu secara tidak menentu kerana bagi setiap amaun cecair yang membeku, amaun pepejal yang sama cair. Haba yang mesti ditambah untuk mencairkan suatu unit kuantiti sesuatu bahan, atau disingkirkan untuk membekukannya, dikenali sebagai haba pelakuran. | UMUM | |
KEBERALIRAN LAMPAU | Keberaliran lampau ialah fenomena apabila logam tertentu, aloi dan tembikar mengalirkan elektrik tanpa rintangan. Keberaliran daripada logam dan aloi berlaku pada suhu hampir sifar mutlak, iaitu –273.15 ° C. Plumbum, raksa dan timah menjadi pengalir lampau yang baik pada suhu tersebut. Sesetengah tembikar menjadi pengalir lampau pada suhu setinggi –148 ° C. | UMUM | |
TELURIUM | Telurium ialah unsur kimia dengan simbol Te. Ia adalah separa logam. Telurium tulen biasanya didapati sebagai keluaran sampingan dalam penapisan tembaga. Secara semula jadi, unsur ini paling sering wujud berpadu dengan logam seperti tembaga, emas, plumbum, raksa, dan perak. Telurium adalah penting dalam pembuatan aloi tertentu dan dalam penyelidikan separa pengalir. Ia berfungsi sebagai agen perawatan bagi getah dan sebagai mangkin dalam penapisan petroleum. Ia juga digunakan untuk mewarnakan kaca dan seramik. Nombor atom telurium ialah 52, dan berat atomnya ialah 127.60. Telurium dalam bentuk hablur melebur pada 449.8 o C dan mendidih pada 989.9 o C. Telurium ditemui pada tahun 1782 oleh ahli kimia Austria, Franz Müller von Reichenstein. | UMUM | |
TERAPI KELATION | Terapi kelation ialah rawatan perubatan yang melibatkan penggunaan ubat untuk menghilangkan ion logam daripada badan. Ubat jenis chelate (bersebati kuat) dengan ion logam menjadikannya bahan terlarut yang dikeluarkan melalui air kencing. Penggunaan terapi kelation yang paling terkenal adalah di dalam merawat arteriosklerosis (pengerasan arteri). Walaupun begitu, penggunaan terapi kelation ini menjadi isu yang amat kontroversi. Terapi kelation terbukti berkesan dalam merawat beberapa keadaan agak luar biasa, termasuk keracunan oleh logam seperti raksa dan plumbum. | UMUM | |