| RAMADHAN K.H. | RAMADHAN K.H. (1927- ), penulis dan wartawan Indonesia. Dia lahir pada 16 Mac 1927 di Bandung, Jawa Barat, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Ramadhan Kartahadimadja. Dia juga menggunakan nama samaran Gilang-gemilang. Ramadhan K.H. pernah belajar di Akademi Dinas Luar Negeri, tetapi tidak tamat kerana dia kurang berminat untuk menjadi seorang diplomat. Dia lebih tertarik pada dunia seni. | SASTERA | Tokoh |
| TARAWIKH | solat sunat semasa bulan ramadhan | AGAMA | Konsep |
| PRIANGAN SI JELITA | PRIANGAN SI JELITA, kumpulan puisi karya Ramadhan K.H. Kumpulan puisi ini diterbitkan pada tahun 1958 oleh Penerbit Balai Pustaka, dan dicetak semula pada tahun 1965. kumpulan puisi ini mengandungi 21 buah puisi yang dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu”Tanah Kelahiran”, “Dendang Sayang” dan “Pembakaran”. | SASTERA | Karya |
| ROYAN REVOLUSI | ROYAN REVOLUSI, novel karya Ramadhan K.H. Novel yang ditulis pada tahun 1961 ini memenangi hadiah pertama Sayembara Penulisan Novel UNESCO-Ikatan Penerbitan Indonesia pada tahun 1968. Pada tahun 1971, novel ini diterbitkan oleh Penerbit Gunung Agung, Jakarta. Novel setebal 308 halaman ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis oleh Monique Zaini-Lajoubert. | SASTERA | Karya |
| MELAN ABDULLAH, TAN SRI | MELAN ABDULLAH, Tan Sri (1919- ), wartawan. Dia lahir pada 24 April 1919 di Kampung Tongkang Pecah, Batu Pahat, Johor. Nama sebenarnya ialah Mohamad Ramadhan, kemudian ditukar menjadi Melan disebabkan kesukaran menyebutnya dalam bahasa Jawa. Bapanya, Abdullah bin Yahya (Joyosmarom) berasal dari Jawa Tengah. Melan memakai nama samaran Iskandar Muda dalam puisi, cerpen dan lakonan sandiwara radio pada tahun 1940-an. | SASTERA | Tokoh |