SALVADOR | Salvador (pend. 1 496 276; pend. kaw. met. 1 772 018) juga dinamakan Bahia, ialah bandar raya ketiga terbesar di Brazil. Hanya São Paulo dan Rio de Janeiro mempunyai lebih ramai penduduk. Salvador menjadi ibu negeri Bahia dan juga merupakan pelabuhan Atlantik yang sibuk. Ia terletak di Teluk Todos os Santos. Untuk lokasi, lihat Brazil (peta politik). | UMUM | |
MIAMI | Miami, Florida (pend. 358 548; pend. kaw. met. 1 937 094) ialah bandar raya peranginan Amerika Syarikat yang terkenal di dunia. Kawasan rekreasinya dan cuaca yang panas menarik ramai pengunjung. Iklimnya yang menyegarkan telah menarik ramai pesara dari seluruh Amerika Syarikat berpindah ke sini. Walau bagaimanapun pada tahun 1990-an, serangan terhadap orang asing yang dilakukan oleh penjenayah tempatan yang mendapat publisiti besar-besaran, telah menjejaskan imej Miami sebagai sebuah pusat pelancongan. Miami terletak di Teluk Biscayne, di pantai tenggara Florida, iaitu di muara Sungai Miami, kira-kira enam kilometer ke barat Lautan Atlantik. | UMUM | |
ROSARIO | Rosario (pend. 1 079 359) ialah bandar ketiga terbesar di Argentina. Hanya Buenos Aires dan Córdoba mempunyai penduduk yang lebih ramai. Rosario terletak di Sungai Paraná, di bahagian timur-tengah Argentina [lihat Argentina (peta politik)]. Bandar ini ialah bandar pelabuhan pedalaman yang utama dan pusat industri yang penting di Argentina. | UMUM | |
MESHED | Meshed (pend. 1 463 508) ialah salah sebuah bandar terbesar dan pusat keagamaan utama Iran. Bandar ini terletak di dataran subur di sebelah timur laut Iran. Untuk lokasinya, lihat Iran (peta). Pada setiap tahun, ramai orang mengunjungi Meshed untuk melihat kubah emas makam Imam Reza, seorang pemimpin Islam. | UMUM | |
NEVADA | Nevada (pend. 1 206 152) ialah negeri di barat Amerika Syarikat. Ia adalah satu-satunya negeri di Amerika Syarikat yang mempunyai undang-undang yang membenarkan hampir segala jenis perjudian di seluruh negerinya. Kasino perjudian mewah di Tasik Tahoe, Las Vegas, dan Reno menarik ramai pengunjung dari merata dunia. Dari segi keluasan, Nevada merupakan salah satu negeri Amerika Syarikat yang terbesar, tetapi jumlah penduduknya adalah antara yang terkecil berbanding dengan negeri-negeri lain. Bandar terbesar dan pusat utama tarikan pelancong ialah Las Vegas, manakala Reno ialah bandar kedua terbesar. | UMUM | |
SUSUK | Kapsyen1"> ;1"> Cara pemakaian susuk SUSUK, sejenis azimat atau ilmu yang menggunakan jenis logam dan ayat jampi untuk menimbulkan seri wajah, melariskan perniagaan, kekebalan badan serta memikat hati orang ramai terhadap pemakainya. Susuk merupakan suatu bentuk ilmu kebatinan yang sering diamalkan oleh orang Melayu sejak zaman tradisional. | BUDAYA | Alat/Alatan |
MILAN | Milan (pend. 1 369 231), bandar kedua terbesar di Itali. Rom mempunyai lebih penduduk berbanding Milan. Milan terkenal sebagai pusat kewangan, pembuatan dan perdagangan antarabangsa yang utama bagi Itali. Bandar terletak di utara Itali, berhampiran dengan jalan tembus melalui pergunungan Alps. Ini menjadikannya sebagai pusat perdagangan sejak tahun 100-an M. (lihat Itali [peta politik]). Ramai pelancong yang melawat Milan untuk melihat hasil seni yang tidak ternilai harganya di situ. Milan ialah ibu wilayah Lombardy, salah satu wilayah politik Itali. Nama bandar ini dalam bahasa Itali ialah Milano. | UMUM | |
PENGAJIAN MELAYU DI AMERIKA SYARIKAT | 1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENGAJIAN Melayu DI AMERIKA SYARIKAT, pusat pengajian bahasa Melayu. Pusat ini berkembang sesudah Perang Dunia Kedua. Namun sebelum itu orang Amerika pernah menyumbang karya mereka dalam bidang pengajian Melayu. Pengkaji Amerika pertama yang belajar bahasa Melayu ialah David Woodard yang ditawan di Sulawesi Tengah pada tahun 1793. Laporan dan senarai kosa katanya diterbitkan di London pada tahun 1805. Pada masa itu juga terdapat ramai pelaut Amerika yang lain terlibat dalam perdagangan lada hitam di Sumatera, dan surat mereka terkumpul dalam koleksi khusus di Amerika. | BAHASA | Bahasa |
MANDI SAFAR | MANDI SAFAR, temasya mandi-manda yang diadakan pada hari Rabu yang terakhir dalam bulan Safar dengan tujuan menolak bala. Pada pagi hari tersebut, orang ramai mandi di pantai atau sekurang-kurangnya minum air yang telah direndam ‘kertas safar’ atau ‘papan kecil’ yang bertulis dengan kalimat suci. Air ini dikenal sebagai ‘air safar’. 1"> Di Semenanjung Malaysia, pantai Tanjung Keling di Melaka adalah tempat utama dan masyhur untuk temasya mandi safar. Di Sabah dan Sarawak, temasya ini juga diadakan. | BUDAYA | Kepercayaan |