RAMALAN | | UMUM | |
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA | Jabatan yang menyediakan secara saintifik amaran atau ramalan dan maklumat berhubung dengan cuaca, iklim dan fenomena seismologi di Malaysia. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Institusi/Organisasi |
PERJUDIAN | Perjudian ialah pertaruhan ke atas hasil sesuatu permainan, peristiwa, atau kejadian secara kebetulan. Penjudi atau pemain biasanya bertaruh duit terhadap ramalan yang dibuat. Pertaruhan dibuat pada permainan menguji nasib seperti loteri, daun terup, dadu, lumba kuda, tinju, dan acara sukan yang lain. | UMUM | |
KAUNSELING GENETIK | Kaunseling genetik ialah teknik menentukan kemungkinan bayi yang bakal lahir. Pakar bidang ini yang digelar kaunselor genetik dapat membuat ramalan yang tepat kemungkinan pasangan suami isteri itu melahirkan anak yang mengalami cacat keturunan. | UMUM | |
NOSTRADAMUS | Nostradamus (1503–1566) ialah nama Latin bagi Michel de Notredame, ahli astrologi dan doktor Perancis. Kemasyhurannya kerana bukunya Centuries (1555), satu siri ramalan dalam bentuk puisi. Kemasyhuran Nostradamus berkekalan pada tahun 1559 apabila Raja Henry II dari Perancis meninggal dunia sebagaimana yang diramal dalam Centuries. | UMUM | |
MÖSSBAUER, RUDOLF LUDWIG | Mössbauer, Rudolf Ludwig (1929– ) ialah ahli fizik Jerman, yang berkongsi Hadiah Nobel tahun 1961 dalam bidang fizik kerana penyelidikannya tentang sinar gama. Dia menemui “Kesan Mössbauer”, iaitu kaedah menghasilkan sinar gama dengan jarak gelombang yang tepat dan boleh diramalkan. “Kesan Mössbauer” ini kemudiannya digunakan untuk mengesahkan ramalan yang dibuat oleh Albert Einstein dalam teori kerelatifannya. Mössbauer lahir di Munich dan menerima ijazah Ph.D. dari institut teknik di sana. Dia menjadi profesor fizik eksperiman di institut tersebut (kini dikenali sebagai Technical University of Munich) pada tahun 1964. | UMUM | |
PERJUDIAN BOLA SEPAK | Perjudian bola sepak ialah suatu bentuk perjudian yang popular di United Kingdom. Berjuta-juta orang mengambil bahagian dalam perjudian bola sepak ini. Mereka mempertaruhkan sejumlah wang yang kecil dan cuba meramalkan keputusan perlawanan bola sepak. Ramai orang yang bermain judi ini mendengar dengan cemas siaran keputusan perlawanan pada setiap hari Sabtu pada musim perlawanan bola sepak. Mereka berharap telah membuat ramalan yang tepat dan memenangi hadiah. Pada hari-hari tertentu apabila banyak perlawanan tidak dapat diadakan kerana cuaca buruk, sekumpulan orang yang dilantik khas yang dikenali sebagai panel perjudian membuat penetapan tentang keputusan yang mungkin tercapai sekiranya perlawanan tersebut benar-benar diadakan. Hadiah perjudian ini kemudian diberi berasaskan keputusan panel tersebut. | UMUM | |
SIMPULAN GORDIAN | Simpulan Gordian, merupakan satu simpulan yang rapi dalam mitologi Yunani. Seorang rakyat Phrygia bernama Gordius menggunakannya untuk mengikat lembunya pada pedati. Mengikut mitos, Gordius dilantik sebagai raja Phrygia kerana nasihat ahli ramal. Sebuah legenda menceritakan barang siapa yang boleh membuka simpulan Gordian akan memerintah Asia. Ramai orang mencubanya tetapi gagal. Akhirnya Iskandar Agung memotong simpulan itu dengan pedangnya, dan mengisytiharkan bahawa dia telah memenuhi ramalan tersebut. Gordius ialah ayah kepada Midas, yang sentuhannya boleh menukarkan semua benda menjadi emas. Ungkapan memotong simpulan Gordian bermakna menyelesaikan masalah yang sukar dengan cara yang mudah. | UMUM | |
SIBIL | Sibil ialah gelaran untuk ahli nujum wanita yang sudah berusia pada zaman Rom purba. Ahli nujum yang terkenal ialah Sibil Cumaen. Menurut mitologi, dewa Apollo berjanji bahawa Cumaen boleh hidup setahun bagi setiap butir pasir yang boleh digenggam di dalam genggamannya. Walau bagaimanapun, Apollo tidak menganugerahinya sifat awet muda dan dia pun kelihatan semakin hari semakin tua. Sibil Cumaen membawa Aeneas, pahlawan Trojan, ke dunia untuk mengetahui masa depan Rom. Kemudian, dia menawarkan diri untuk menjual sembilan buah buku mengenai ramalan yang dikenali sebagai Sibylline Books, pada harga yang tinggi kepada raja Rom. Apabila raja menolaknya sebanyak dua kali, Sibil membakar tiga buah buku setiap kali. Raja Rom akhirnya membayar harga asal untuk hanya tiga buah buku. Buku ini dijadikan bahan rujukan semasa menghadapi saat-saat bahaya sehinggalah buku ini musnah dalam kebakaran pada tahun 83 S.M. | UMUM | |
DUKUN | DUKUN, pengamal pengubatan tradisional. Ada pelbagai jenis dukun antaranya termasuklah dukun bayi (bidan), dukun picit (bomoh urut), dukun prewangan (bomoh yang boleh menghubungi semangat), dukun jalak (mudin), dukun wiwit (pawang yang pakar dalam upacara menuai), dukun temanten (pawang yang arif dalam upacara berhubung dengan perkahwinan), dukun petungan (dukun yang mahir dalam hal ramalan melalui pengiraan angka), dukun sihir dan dukun susuk. | BUDAYA | Konsep |