Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : = rambu-rambu rumbai-rumbai, jumbai-jumbai, jerambat (pd tepi kain, tuai, dll); tombak ~ tombak yg diberi berjumbai; berambu-rambu 1. = berambu berjeram­bai; tirai ~ tirai yg berjerambai; 2. Kd tidak kemas, sangat remeh: ia benci akan pakaian Melayu yg ~ itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : , = rambu-rambu kumpulan benang dll (spt benang berkarang dgn manik) yg dibiarkan atau yg dipasang berjuntai pd tepi kain; rumbai: tombak ~ tombak yg dilekati rambu-rambu. berambu, = berambu-rambu dilekati rambu-rambu; berumbai: tirai ~ tirai yg berumbai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rambu (kata nama)
Bersinonim dengan rambu-rambu, rumbai-rumbai, jumbai-jumbai, jerambat, jurai, malai, bunjai;,
Kata Terbitan : berambu,

Puisi
 

Ingat puan ingat selasih,
     Ingati kembagau berambu-rambu;
Tinggal tuan tinggal kekasih,
     Ada hayat baru bertemu.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TARBUS

Tarbus ialah topi merah yang tinggi tanpa tepi

dengan rambu-rambu berwarna-warni daripada

sutera atau wul. Tarbus dipakai di Mesir dan di

Afrika Utara. Dahulunya, semua tarbus diwarnakan

dengan pewarna yang dibuat daripada jus beri

merah yang hanya terdapat di Maghribi. Kini,

warna ini dapat dihasilkan daripada bahan

pewarna kimia. Tarbus mula-mula dibuat di Fez,

Maghribi.

UMUM 

Kembali ke atas