| ERIC THE RED | Eric the Red (950?–1000?) ialah penjelajah Viking yang menjajah Greenland. Nama sebenarnya ialah Eric Thorvaldson, tetapi digelar Eric the Red kerana rambutnya merah. | UMUM | |
| ASH'ATH IBN QAYS, AL- | Ash‘ath ibn Qays, al- ( ?–40 H./ ?–661 M.) ialah pemerintah di daerah Kindah pada zaman jahiliah dan awal Islam. Dia digelar al-Ash‘ath kerana rambutnya yang tidak terurus. Dia menemui Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun ke-10 Hijrah bersama rombongan penunggang kuda yang terdiri daripada 70 orang penduduk Kindah. | UMUM | |
| ROB ROY | Rob Roy (1671–1734) ialah penjahat Scotland yang nama sebenarnya ialah Robert MacGregor. Roy ialah perkataan Gaelik bermakna merah. MacGregor menjadi terkenal sebagai Rob Roy kerana rambutnya yang berwarna merah dan wajahnya juga yang kemerah-merahan. | UMUM | |