Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.mi] | رامي

Definisi : sj tumbuhan (pokok renek yg seratnya dibuat tali), rami-rami, Boehmeria nivea; kain ~ sj kain tenun yg kasar; tali ~ tali drpd serat rami; ~ buah sj tumbuhan (herba), dukung anak, Phyllanthus niruri; ~ bukit = ~ bulan = ~ hutan = ~ jantan sj tumbuhan (pokok renek), Alchornea villosa; ~ hantu = ~ bukit = ~ hutan sj tumbuhan (pokok kecil), Ficus chartacea; ~ sengat sj tumbuhan (pokok), rebung pengayuh, Abroma augusta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.mi] | رامي

Definisi : nama sj pokok renek yg seratnya dibuat tali, Boehmeria nivea. tali ~ tali yg dibuat drpd serat pokok rami. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rami

Puisi
 

Putus tali pengikat tangga,
     Tangga berikat rami gula;
Putih hati memandang janda,
     Janda baru beranak dua.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RAMI

Rami ialah tumbuhan saka yang ditanam

terutamanya untuk seratnya. Ia berasal dari Asia dan

ditanam, terutamanya di India, China dan Taiwan.

Rami adalah satu daripada sumber serat asli yang

paling lama diketahui. Ada lebih daripada 30 jenis

rami yang diketahui. Jenis yang paling biasa berasal

dari China dan Jepun. Daunnya yang tebal dan lebar

berwarna hijau tua di bahagian atas, putih dan

berbulu di bahagian bawah. Penanam akan

menanam akarnya, yang membesar menjadi

tumbuhan dalam masa lebih kurang tiga bulan.

Batangnya tumbuh dari satu hingga dua meter

tingginya.

UMUM 
TALI PAKAL

Tali pakal ialah serat longgar yang diperoleh

dengan membuka tali rami lama yang bertar. Serat

ini digunakan, terutamanya untuk memakal atau

menyumbat kelim kapal kayu supaya ia kedap air.

Tukang paip menggunakan tali pakal untuk

membalut paip dalam paip sisa. Tali pakal putih ,

yang diperbuat daripada tali yang bersih,

dahulunya digunakan untuk tujuan perubatan,

seperti membalut luka.

UMUM 

Kembali ke atas