Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : barang apa (tulisan, gambar, dll) yg dibuat sbg contoh (teladan, pola), buram, rancangan; ~ undang-undang draf undang-undang (yg akan dibincangkan di parlimen dan apabila diluluskan dinamakan ‘Akta’); ® rangrangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
rang
Rujuk :buram

Puisi
 

Si Sanjai nama Rang Kuok,
     Pandai benar lintang;
Tagajai nasi emak suap,
     Terkenang janji nanti petang.


Lihat selanjutnya...(4)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RANG UNDANG-UNDANG PEMBAHARUAN

Rang undang-undang pembaharuan , di

England.

UMUM 
DEWAN NEGARADEWAN NEGARA, majlis tetinggi atau juga dikenal sebagai senat yang berfungsi membahaskan sesuatu rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat.SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
MUIR, JOHN

Muir, John (1838–1914), penjelajah Amerika, ahli

alamiah, dan penulis, berkempen bagi

pemuliharaan tanah, air dan hutan di Amerika

Syarikat. Usahanya mempengaruhi Kongres untuk

meluluskan rang draf undang-undang Taman

Negara Yosemite pada tahun 1890, menubuhkan

Taman Negara Yosemite dan Sequoia. Muir

membantu memujuk Presiden Theodore Roosevelt

untuk menyediakan kawasan seluas 59 900 000

hektar untuk hutan simpan. Hutan redwood dekat

San Francisco dinamakan Muir Woods pada tahun

1908 sebagai menghargai jasanya.

UMUM 
REVOLUSI GEMILANG

Revolusi Gemilang berlaku pada tahun l688

bagi menamatkan pemerintahan Raja James II di

England dan melantik William III dan Mary II

sebagai pewaris takhta. Revolusi itu memantapkan

hak Parlimen untuk mengawal warisan terhadap

takhta dan mengehadkan kuasa raja. Pada tahun

l689, Parlimen meluluskan Rang Undang-undang

Hak Asasi yang mengharamkan penganut Roman

Katolik daripada menaiki takhta dan melarang

seseorang raja daripada menangguh undang-undang,

mengekalkan angkatan tentera ketika

aman, atau pengenaan cukai tanpa kelulusan

Parlimen.

UMUM 
DEWAN UNDANGAN NEGERI

Dewan Undangan Negeri, badan yang menggubal dan meluluskan rang undang-undang berkaitan dengan perkara yang disebutkan dalam senarai (bidang kuasa) negeri dalam perkara 74 (2) Perlembagaan Persekutuan.

SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAANInstitusi/Organisasi
PARLIMEN MALAYSIA

PARLIMEN MALAYSIA, institusi pemerintahan demokrasi Malaysia yang ditubuhkan berdasarkan model Westminster, United Kingdom, mengikut cadangan Suruhanjaya Reid yang menggubal Rang Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merdeka. Malaysia ialah sebuah negara persekutuan yang mempunyai 13 buah negeri dan sebuah Wilayah Persekutuan yang terdiri daripada Kuala Lumpur dan Labuan.  Pada peringkat persekutuan, terdapat Kerajaan Pusat atau Kerajaan Persekutuan, manakala pada peringkat negeri pula, terdapat Kerajaan Negeri.  Parlimen ialah institusi perwakilan yang menjalankan fungsi perundangan di Malaysia.  Pada peringkat pusat, ia dikenal sebagai Parlimen, manakala pada peringkat negeri, Dewan Undangan Negeri (DUN).

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas