Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rang.sa.ngan] | رڠسڠن

Definisi : sesuatu yg merangsang, faktor (sumber dsb) yg menimbulkan sesuatu perasaan atau reaksi: Skinner juga berpegang pd teori behaviorisme, iaitu pembelajaran berlaku kalau ada ~ dan gerak balas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rang.sa.ngan] | رڠسڠن

Definisi : rasa yg timbul apabila dirangsang; hasil merangsang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rangsang
Kata Terbitan : berangsang, merangsang, rangsangan, perangsang,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TINDAKAN PANTULAN

Tindakan pantulan ialah pergerakan automatik

atau luar kawal yang dicetuskan oleh rangsangan

deria, seperti tusukan jarum pada kulit. Jika kita

tersentuh dapur panas, kita akan tersentak sebelum

kita sedar apa yang kita buat. Tindakan sebegini,

yang tidak dirancang atau diputuskan sebelumnya,

dikenali sebagai tindakan pantulan . Setiap pantulan

membabitkan rangsangan yang menyebabkan

gerak balas luar kawal. Dalam contoh di atas, dapur

panas itu ialah ransangannya dan tersentak itu

gerak balasnya.

UMUM 
PERSEPS

Persepsi ialah satu proses yang melaluinya kita

dapat menerima dan mentafsir segala maklumat dari

dunia sekeliling kita. Dunia sekeliling kita

mengandungi pelbagai jenis dan tahap tenaga fizikal.

Pengetahuan kita tentang dunia datangnya dari

organ-organ deria yang bertindak balas dengan

tenaga fizikal berkenaan. Sesetengah jarak

gelombang radiasi elektromagnetik merangsang

mata kita. Telinga kita mendengar beberapa jenis

getaran mekanikal di udara. Hidung dan lidah pula

adalah sensitif kepada rangsangan bahan-bahan

kimia tertentu. Sesetengah organ di dalam kulit kita

bertindak kepada tekanan, perubahan suhu dan

pelbagai rangsangan yang berkaitan dengan rasa

sakit. Organ-organ deria yang terdapat pada sendi,

tendon dan otot kita adalah sensitif kepada gerakan

dan kedudukan tubuh.

UMUM 
ORFF, CARL

Orff, Carl (1895–1982) ialah penggubah dan

pendidik muzik Jerman. Dia menghasilkan karya

utamanya untuk pertunjukan pentas. Karyanya

menggabungkan muzik instrumental, nyanyian,

dan gerak isyarat dan tarian dalam suatu kesatuan

persembahan. Muzik Orff menekankan sesuatu

yang ringkas seperti melodi dan harmoni rakyat.

Dia menggunakan peralatan perkusi untuk

menghasilkan rangsangan irama yang bertenaga.

Orff menggunakan skala Oriental dan Zaman

Pertengahan serta teks dalam beberapa bahasa

yang dinyanyikan secara serentak.

UMUM 
PALANG

PALANG, penggunaan susuk zakar di kalangan masyarakat Dayak di Kepulauan Borneo.  Palang melibatkan pembedahan pada zakar untuk memasang suatu alat yang kononnya meningkatkan rangsangan seksual di kalangan kaum wanita.  Alat yang dipasang diperbuat daripada taring, buluh, kayu, logam atau tulang binatang.  Zakar ditebuk seperti menebuk telinga, supaya sebatang pin atau susuk boleh dimasukkan ke dalam lubang yang telah ditebuk. Bahan-bahan lain termasuklah batu permata, kaca, biji, bulu pelepah dan bulu babi.  Diameter bagi susuk ini biasanya antara 2 mm hingga 4 mm dan lebih kurang 21 mm hingga lebih 5 cm panjang.

BUDAYAUbat-Ubatan

Kembali ke atas