Rapang ialah nama sekumpulan burung pesisir
yang kecil, montok. Burung rapang berbadan
pendek dan berparuh pendek. Ia mengambil
makanannya di permukaan tanah dan bukan
mencungkilnya. Kebanyakan burung ini hanya
mempunyai tiga jari kaki. Ia berleher pendek dan
tebal. Sayapnya runcing dan menjangkaui hujung
ekornya.
Rapang ketam ialah burung randuk yang
terdapat di pantai Lautan Hindi, dari Afrika Timur
hingga ke Burma serta di Kepulauan Andaman dan
Madagascar di Lautan Hindi. Badan burung ini
berwarna putih, belakang dan kepaknya berwarna
hitam.
Killdeer ialah sejenis burung rapang (burung
pantai) yang terkenal, yang hidup dari selatan
Kanada hingga ke Amerika Selatan. Teriakannya
yang kuat lagi nyaring seolah-olah berbunyi
killdeer.
Thanks for clicking. That felt good.