Tisu penghubung, menghubungkan organ badan dengan tisu, menetapkan organ di tempatnya, dan menyokong badan. Berbanding dengan lain-lain jenis tisu, tisu penghubung mempunyai beberapa sel dan banyak <i> bahan antara sel i> (bahan di luar sel). Ahli sains membahagikan tisu penghubung kepada tiga kumpulan, mengikut kekerasan bahan antara sel, iaitu (1) <i> tisu penghubung sempurna i> yang lembut, (2) <i> rawan i> yang teguh, dan (3) <i> tulang i> yang keras. Rencana ini akan membincangkan tisu penghubung sempurna. Untuk maklumat tentang lain-lain jenis tisu penghubung, lihat rencana <i> Ensiklopedia Dunia i> tentang Rawan dan Tulang <i> . i> |