Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : hutan yg berpaya-paya, rawa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
rawang
Rujuk :paya


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RAWANG

Rawang ialah kawasan basah yang ditumbuhi

tumbuhan tidak berkayu seperti mensiang, rumput,

purun, dan rusiga. Kawasan basah yang ditumbuhi

pokok dan belukar dinamakan <i> paya i> (lihat Paya ).

UMUM 
PANGLIN

Panglin ialah nama sembilan jenis burung rawang

dalam famili rail. Panglin kadangkala dikenali sebagai

<I>ayam lumpur I>atau <I>ayam rawang. I>

UMUM 
STATIS

Statis, yang juga dikenali sebagai <I>lavender laut,I>

ialah tumbuhan di Eropah Barat yang tumbuh di

rawang masin. Ia tumbuh dengan banyak dan

menjadikan rawang kelihatan berwarna biru

keunguan pada musim panas.

UMUM 
LELATULelatu ialah cahaya kebiruan yang menakutkan,
yang kadangkala kelihatan di rawang atau
perkuburan.
UMUMUmum
MARSH MALLOW

Marsh mallow ialah tumbuhan yang tumbuh di

padang rumput dan rawang di Utara Afrika dan

Timur Eropah. <I>Marsh mallow I>mempunyai batang

berkayu yang tumbuh setinggi 60 hingga 120

sentimeter.

UMUM 
PURUN

Purun ialah nama biasa bagi sekumpulan

tumbuhan bak rumput yang biasanya tumbuh di

rawang dan meadow, dan kadangkala dalam air

tenang. Purun sebenar tergolong dalam satu famili.

UMUM 
SWEET FLAG

Sweet flag ialah tumbuhan tinggi bak mensiang,

dalam famili arum. Ia tumbuh di sepanjang anak air

dan di rawang di hampir semua bahagian di

Hemisfera Utara. Daunnya leper dan panjangnya 60

sentimeter hingga 180 sentimeter. Ia berbentuk

seperti pedang dua mata. Batang sweet flag hampir

seperti daunnya, tetapi lebih keras dan

mengeluarkan spika bunga yang kecil, hijau

berhampiran dengan puncaknya. Daun dan

batangnya tumbuh secara langsung dari stok akar

bawah tanah. Stok akarnya digunakan sebagai tonik,

dan untuk membuat minyak wangi dan sediaan bilik

mandi. Di Eropah, stok akarnya dijadikan makanan.

Pengelasan saintifik. Sweet flag tergolong dalam

famili arum, Araceae. Ia adalah <i>Acorus calamusi>.

UMUM 
YELLOWTHROAT

Yellowthroat ialah burung siul hutan yang

hidup di Amerika Utara. Burung ini tinggal di

kawasan berumput basah dan rawang,

di tempat ia boleh bersembunyi di celah-celah

mensiang yang tinggi. Belakangnya berwarna

hijau buah zaitun dan lehernya berwarna

kuning-jingga terang.

UMUM 
TAMARISK

Tamarisk ialah pokok kecil atau pokok renek

yang tumbuh di tanah masin. Terdapat lebih kurang

100 jenis tamarisk. Kebanyakan spesiesnya terdapat

di rawang dan dekat pantai di sekitar Laut

Mediterranean dan di Timur Tengah. Tamarisk

tumbuh sehingga kira-kira dua meter tingginya.

UMUM 
METANAMetana ialah sebatian penting industri yang
membentuk sebahagian besar gas asli. Ia terbentuk
apabila tumbuh-tumbuhan mengurai pada
persekitaran yang mengandungi sangat sedikit air.
Metana kerap dikenali sebagai gas rawang kerana ia
terdapat di kawasan air bertakung atau paya. Ia juga
merupakan kandungan utama gas arang batu, iaitu
gas yang menyebabkan berlakunya letupan besar di
dalam lombong arang batu.
UMUMDisiplin Ilmu
12

Kembali ke atas