PROFILAKSIS | Profilaksis bererti sebarang rawatan yang melindungi seseorang daripada penyakit. Profilaksis juga dikenali sebagai rawatan pencegahan . Rawatan ini berlainan daripada rawatan pembaikan atau rawatan penyembuhan , yang diberikan apabila pesakit sudah pun menghidap penyakit ataupun dalam keadaan tidak sihat. | UMUM | |
RAWATAN KEJUTAN | Rawlings, Marjorie Kinnan (1896–1953), novelis Amerika yang menulis mengenai persengketaan antara manusia dengan alam semula jadi di kawasan pedalaman Florida. | UMUM | |
ONKOLOGI | Onkologi ialah kajian perkembangan, rawatan, dan pencegahan kanser. Ia merangkumi kedua- dua penyelidikan dan rawatan klinikal. Doktor yang mengkhusus dalam bidang onkologi dikenali sebagai onkologis. | UMUM | |
RUMAH RAWATAN | Rumah rawatan ialah institusi kediaman yang menyediakan rawatan perubatan dan bukan perubatan, terutama bagi orang yang berumur 65 tahun atau lebih. Hampir semua rumah ini juga menerima pesakit yang lebih muda. Rum | UMUM | Umum |
PSIKOLOGI KLINIKAL | Psikologi klinikal ialah kajian saintifik, diagnosis dan rawatan terhadap orang yang mengalami masalah psikologi untuk menyesuaikan dirinya sendiri dengan keadaan persekitarannya. Ahli psikologi klinikal menangani tingkah laku normal dan abnormal. Mereka menjalankan dan mentafsir ujian psikologi, dan membantu dalam diagnosis serta rawatan bagi gangguan mental. Mereka juga mengkaji struktur dan perkembangan personaliti. | UMUM | |
PSIKOTERAPI | Psikoterapi ialah sebarang rawatan gangguan mental atau gangguan emosi dengan maksud psikologikal. Kebiasaannya psikoterapi adalah berasaskan pada perbincangan antara ahli terapi dengan seorang ataupun lebih pesakit. | UMUM | |
TERAPI PERTUTURAN | Terapi pertuturan ialah rawatan masalah dan gangguan pertuturan. Pakar dalam profesion terapi pertuturan berusaha untuk membantu kanak-kanak dan orang dewasa yang pertuturannya mengganggu komunikasi, menuntut perhatian, dan mengecewakan kedua-dua penutur dan pendengar. Pakar ini, yang dikenali sebagai ahli terapi pertuturan, menilai dan membetulkan pertuturan cacat dan mengajar kemahiran bertutur yang baru. Bidang terapi pertuturan sering dinamakan patologi pertuturan, dan ahli terapi pertuturan kadangkala dikenali juga sebagai ahli patologi pertuturan bahasa, atau klinisian pertuturan. | UMUM | |
TERAPI KELATION | Terapi kelation ialah rawatan perubatan yang melibatkan penggunaan ubat untuk menghilangkan ion logam daripada badan. Ubat jenis chelate (bersebati kuat) dengan ion logam menjadikannya bahan terlarut yang dikeluarkan melalui air kencing. Penggunaan terapi kelation yang paling terkenal adalah di dalam merawat arteriosklerosis (pengerasan arteri). Walaupun begitu, penggunaan terapi kelation ini menjadi isu yang amat kontroversi. Terapi kelation terbukti berkesan dalam merawat beberapa keadaan agak luar biasa, termasuk keracunan oleh logam seperti raksa dan plumbum. | UMUM | |
PSIKOANALISIS | Psikoanalisis ialah kaedah merawat penyakit mental yang diasaskan oleh doktor Austria, Sigmund Freud. Freud mengembangkan rawatan ini pada akhir tahun 1800-an dan awal tahun 1900-an. Ahli-ahli psikiatri yang lain mengembangkan variasi teknik mereka. Istilah psikoanalisis juga merujuk kepada teori yang menjadi asas rawatan seperti itu. | UMUM | |
PERTOLONGAN CEMAS | Pertolongan cemas ialah rawatan serta-merta yang diberi kepada mangsa yang mengalami kemalangan, sakit yang mendadak, atau lain-lain kecemasan perubatan. Pertolongan cemas yang betul dapat menyelamatkan nyawa mangsa, lebih-lebih lagi jika mangsa itu mengalami pendarahan yang banyak, terhenti pernafasannya, atau terkena racun. Pertolongan cemas juga boleh mencegah masalah perubatan yang selanjutnya yang terhasil daripada kecederaan atau sakit. | UMUM | |