REAKTOR ATOM | Reaktor atom lihat Reaktor nuklear. | UMUM | |
REAKTOR NUKLEAR | Reaktor nuklear ialah peranti yang menghasilkan amat banyak tenaga daripada sedikit bahan api. Ia kadangkala dikenali sebagai tindanan reatom . Reaktor nuklear menjana tenaga terutamanya dalam bentuk haba melalui proses yang dikenali sebagai pembelahan nuklear . Pembelahan nuklear ialah pembelahan nukleus atom uranium atau atom plutonium. | UMUM | |
KAWALAN ROD | Kawalan rod lihat Reaktor nuklear (Kawalan rod ilustrasi: bahagian-bahagian reaktor). | UMUM | |
AMPLIFIER MAGNET | Amplifier magnet,juga dikenali sebagai reaktor boleh tepu, ialah alat yang digunakan untuk mengawal kuasa elektrik yang besar. Ia digunakan apabila arus elektrik terlalu besar atau keadaan lain terlalu teruk bagi amplifier transistor atau injap. Contohnya, amplifier magnet selalu digunakan untuk mengawal kelajuan motor elektrik yang besar ataupun kecerahan lampu-lampu landasan di lapangan terbang. | UMUM | |
SZILARD, LEO | Szilard, Leo (1898–1964) ialah ahli fizik Amerika yang merintis usaha dalam pembangunan perkembangan tenaga nuklear. Bersama Enrico Fermi, dia merintis kaedah menyusun grafit dan uranium yang memungkinkan terciptanya reaktor nuklear pertama mapan kendiri pada tahun 1942. Pada bulan Julai 1939, Szilard dan Eugene Wigner mengunjungi Albert Einstein. Einstein kemudiannya menulis kepada Presiden Amerika Syarikat, Franklin D. Roosevelt dan memulakan sokongan kerajaan terhadap tenaga nuklear, yang membawa kepada pembinaan bom nuklear. Szilard lahir di Budapest, Hungary. Dia menjadi warganegara Amerika Syarikat pada tahun 1943. Dia dan Wigner berkongsi Anugerah Atom untuk Perdamaian (Atoms for Peace Award) pada tahun 1959. | UMUM | |
SINARAN | Sinaran ialah tenaga yang dibebaskan dalam bentuk gelombang atau zarah jirim yang kecil. Sinaran terdapat di seluruh alam semesta dan wujud dalam banyak bentuk. Kebanyakan orang pernah mendengar tentang sinar-x, sinar gama dan sinaran daripada reaktor nuklear. Jenis sinaran ini sering dianggap sebagai bahaya terhadap kesihatan, walaupun sinar-x dan sinar gama juga mempunyai kegunaan yang bernilai dalam perubatan. Tetapi, terdapat banyak bentuk sinaran yang lain. | UMUM | |
NIOBIUM | Niobium juga dikenali sebagai kolumbium , mempunyai simbol kimia Nb. Niobium ialah unsur logam yang lembut, berwarna putih perak atau kelabu. Dalam alam semula jadi, niobium wujud bergabung dengan tantalum , satu lagi jenis logam nadir. Pembuat menggabungkan niobium dengan nikel dan keluli untuk membuat bahan struktur yang kuat yang tahan terhadap suhu tinggi. Niobium juga digunakan dalam teras reaktor nuklear tertentu kerana ia membolehkan neutron tembus dengan mudah dan boleh tahan terhadap bahan pendingin reaktor suhu tinggi. Pada suhu yang benar-benar rendah, niobium menjadi pengalir lampau, dan digunakan untuk membuat magnet pengalir lampau. | UMUM | |
ALIRAN PELBAGAI FASA | Misalnya dalam proses pengeluaran gas, walaupun nisbah gas terhadap cecair adalah tinggi, kewujudan cecair walaupun sedikit, boleh memberi kesan yang tinggi kepada fenomena aliran di dalam paip. Dalam industri kimia pula, aliran pelbagai fasa yang terdapat di dalam peranti yang menjana stim dan sistem paip di dalam reaktor nuklear juga mengalami proses pemindahan haba. Keadaan ini menyulitkan lagi analisisnya. Haba yang diterima akan mengubah pecahan gas dan cecair dalam aliran pelbagai fasa tersebut. Dengan pemanasan, komposisi bendalir akan terus berubah. Pengaruh pemindahan haba terhadap aliran pelbagai fasa juga boleh menyebabkan sebahagian bendalir membeku. Masalah aliran pelbagai fasa amat kompleks keadaannya. Banyak pengetahuan banyak persamaan korelasi yang telah diolah....rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Konsep |
MONAZIT | Monazit ialah mineral berat, berwarna kuning-perang. Ia adalah sebatian fosfat (fosforus dan oksigen), yang terdiri daripada logam nadir bumi dan torium. Formula kimianya ialah (Th , Ce, la, Y)PO 4 . Monazit adalah satu sumber daripada torium, iaitu bahan api nuklear yang digunakan dalam sesetengah reaktor nuklear. Monazit juga adalah sumber penting bagi unsur dan sebatian nadir bumi, yang digunakan dengan meluas dalam pembuatan kaca dan logam. | UMUM | |
PROTAKTINIUM | Protaktinium ialah unsur kimia dan logam radioaktif yang tergolong dalam siri unsur aktinida. Dua kumpulan ahli sains telah mengasingkan unsur ini pada tahun 1917. Mereka ialah Otto Hahn dan Lise Meitner dari Jerman, dan Frederick Soddy dan John Cranston dari Great Britain. Protaktinium wujud secara semula jadi dalam semua bijih uranium. Ia juga dihasilkan secara artifisial dalam reaktor nuklear dan dalam pemecut zarah. | UMUM | |