ROMAN | Roman ialah karya fiksyen yang panjang, yang kurang realistik daripada novel. | UMUM | |
DRABBLE, MARGARET | Drabble, Margaret (1939– ) ialah penulis novel Inggeris. Dia menjadi terkenal kerana gambarannya yang realistik tentang perjuangan wanita kelas pertengahan dalam tuntutan kerjaya, hubungan peribadi dan kepentingan yang lain. | UMUM | |
DARGIE, SIR WILLIAM | Dargie, Sir William (1912– ? ) ialah pelukis Australia yang terkenal dengan lukisan potretnya yang realistik dan telah memenangi Hadiah Archibald untuk potret sebanyak lapan kali. | UMUM | |
O'HARA, JOHN | O’Hara, John (1905–1970) ialah penulis novel dan cerpen Amerika. Dia terkenal kerana pemerhatiannya yang realistik tentang adab dan moral kelas menengah Amerika. O’Hara memaparkan latar beberapa buah novel dan ceritanya di bandar fiksyen Gibbsville, Pennsylvania. | UMUM | |
SCRIBE, AUGUSTIN EUGÉNE | Scribe, Augustin Eugéne (1791–1861), penulis drama Perancis. Dia merupakan penulis yang berjaya dalam bentuk drama realistik yang dinamakan, the well-made play . Drama seperti itu bergantung pada kesan dan pada penerangan yang teliti tentang peristiwa lalu, sedangkan pada masa yang sama, menunjukkan peristiwa yang akan datang. Drama yang baik mengandungi suatu babak wajib pada klimaks apabila rahsianya didedahkan. Hasil daripada pendedahan rahsia, watak-watak itu akan menerima ganjaran atau denda. | UMUM | |
ALIRAN ASHCAN | Aliran Ashcan ialah sekumpulan pelukis Amerika pada awal tahun 1900-an yang terkenal terutamanya kerana lukisan realistik tentang kehidupan di bandar. Kumpulan ini menentang bidang yang tradisional, sentimental yang menjadi ikutan dalam seni Amerika pada waktu itu. | UMUM | |
ANDERSON, MAXWELL | Anderson, Maxwell (1888–1959), penulis drama Amerika, memperkenalkan keseriusan dan idealisme ke dalam teater. Dia menulis beberapa drama realistik, termasuk drama perang What Price Glory? (bersama-sama Laurence Stallings, 1924) dan melodrama psikologikal The Bad Seed (1955). Tetapi sumbangannya yang utama ialah drama sejarah, drama puisi, dan percubaan untuk menghidupkan semula tragedi hero tradisional dalam teater moden. | UMUM | |
SIMONE MARTINI | Simone Martini (1285?–1344), pelukis Itali yang lahir di Siena, pusat seni yang terkemuka pada tahun 1300-an. Gaya yang berwarna-warni, berbunga-bunga tetapi realistik merupakan contoh hasil lukisan sekolah Siena yang menonjol. | UMUM | |
MORAVIA, ALBERTO | Moravia, Alberto (1907–1990), penulis Itali. Dia mungkin penulis novel dan penulis cerpen Itali yang paling ulung pada tahun 1900-an. Karyanya mempunyai gambaran dan dialog yang realistik, gaya penulisan yang bebas dan jelas serta memberikan pandangan yang tajam mengenai gelagat manusia. Dalam penulisannya, Moravia mengkritik keruntuhan moral di Itali dan menggambarkan watak-watak yang terasing dari masyarakat dan ketandusan emosi. Dia juga menggambarkan seks tanpa cinta yang sia-sia dan perkahwinan sebagai jalan keluar dari penyakit sosial. | UMUM | |
POITIER, SIDNEY | Poitier, Sidney (1927– ) ialah pelakon filem Amerika yang menjadi simbol kejayaan cemerlang kaum kulit hitam dalam industri filem di Amerika Syarikat. Dia muncul dalam beberapa filem yang berperanan realistik mengenai masalah perkauman di Amerika Syarikat. Filem-filemnya termasuklah No Way Out (1950), The Blackboard Jungle (1955), Edge of the City (1957), Guess Who’s Coming to Dinner (1967) dan In The Heat of the Night (1967). Poitier memenangi Academy Award melalui lakonannya dalam filem Lilies of the Field (1963). | UMUM | |