BIL REFORMASI | | UMUM | |
REFORMASI | Reformasi ialah gerakan keagamaan pada tahun 1500-an yang melahirkan Protestanisme. Ia membawa dan nampak hebat ke atas kehidupan sosial, politik, dan ekonomi di Eropah, dan pengaruhnya masih dirasai sehingga kini. Gerakan ini bermula pada tahun 1517 apabila seorang rahib Jerman, Martin Luther, membantah amalan tertentu Gereja Roman Katolik. Kira-kira 40 tahun kemudian, Protestanisme lahir di Eropah. | UMUM | |
ZWINGLI, HULDREICH | Zwingli, Huldreich (1484–1531) ialah ketua gerakan Reformasi Protestan. Kerjayanya berpusat di Switzerland, tetapi mempengaruhi Reformasi di Jerman, Belanda, dan England. | UMUM | |
PRESBYTERIAN | Presbyterian membentuk kumpulan mazhab Protestan yang besar di negara-negara berbahasa Inggeris. Di luar negara-negara ini kebanyakan gereja mazhab ini dikenali sebagai Reformasi – misalnya, Gereja Reformasi Belanda. Satu cogan kata gereja ini ialah semper reformanda (sentiasa direformasi). Lebih kurang 100 mazhab menjadi ahli Gereja Reformasi Perikatan Dunia. | UMUM | |
ANABAPTIS | Anabaptis merupakan bentuk sayap radikal Reformasi tahun 1500-an. Mereka percaya bahawa gereja merupakan perkumpulan manusia yang disatukan oleh kepercayaan, penyesalan, ketaatan, dan disiplin. Oleh itu, pembaptisan sebagai pembukaan kepada komuniti ini harus dibataskan kepada pengikut yang sudah cukup matang untuk memilih menjadi ahli. Orang menamakan mereka anabaptis ( pembaptis semula ) kerana mereka membaptis orang dewasa yang telah dibaptis semasa bayi. Anabaptis mengutuk penglibatan kerajaan dalam agama, yang akhirnya mencetuskan idea pemisahan gereja dan negeri. | UMUM | |
EDICT OF WORMS | Edict of Worms iaIah satu dekri (perintah) yang mengisytiharkan pemimpin Reformasi agama Kristian, Martin Luther seorang yang menyeleweng daripada agama Kristian, dan memerintahkan supaya dia dan pengikutnya tidak diberi perlindungan undang-undang. | UMUM | |
THIRTY-NINE ARTICLE | Thirty-Nine Article ialah satu kenyataan doktrin yang dikeluarkan di England pada tahun 1563 dan diluluskan oleh Parlimen pada tahun 1571. Artikel ini diwujudkan untuk menyelesaikan perbalahan agama yang dibangkitkan oleh Reformasi Protestan. Artikel ini menetapkan kedudukan agama yang diterima semua oleh penduduk Inggeris. Artikel ini masih kekal sebagai doktrin Gereja Anglikan dan disahkan oleh paderi Gereja England. | UMUM | |
GERAKAN PADRI | GERAKAN PADRI, gerakan reformasi Islam secara radikal di Minangkabau pada awal abad ke-19. Gerakan Padri atau Pidari yang ertinya mungkin ‘orang dari Pidie’, mempunyai tiga tujuan iaitu berusaha mengadakan pembaharuan kehidupan keagamaan, penyebaran Islam ke Tapanuli Selatan dan penentangan terhadap kekuasaan Belanda. Gerakan parti dapat dikategorikan dalam tiga tahap, iaitu reformasi Islam dan konflik sosial (1803-1821), campur tangan Belanda dan perang saudara (1821-1832) dan penentangan rakyat terhadap Belanda (1833-1841). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
MACAPAGAL, DIOSDADO | Macapagal, Diosdado (1910 –1997), berkhidmat sebagai presiden Filipina dari tahun 1961 hingga 1965. Dia dikenali sebagai seorang pegawai yang jujur dan berhemah tinggi, yang cuba menghapuskan rasuah di negaranya. Dia juga telah berusaha memperkenalkan reformasi ekonomi serta menggubal dasar luar Filipina dengan negara-negara Asia. | UMUM | |
REVOLUSI MENTAL | REVOLUSI MENTAL, gerakan reformasi anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada akhir tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an yang bertujuan mengubah pemikiran dan budaya orang Melayu yang dikatakan tidak selaras dengan arus pembangunan. Idea tentang gerakan reformasi ini terkandung dalam sebuah buku dengan judul yang sama iaitu Revolusi Mental, suntingan Senu Abdul Rahman. Buku ini dicetak bagi pihak UMNO oleh Utusan Melayu (Malaysia) Berhad pada tahun 1971 dan diulang cetak pada tahun 1973. Buku ini diterbitkan selepas Peristiwa 13 Mei 1969 dan pelancaran Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1971. Revolusi Mental lahir dalam konteks orang Melayu merasa diri mereka terancam di tanah air mereka sendiri kerana mereka dikatakan tidak mempunyai keupayaan untuk bersaing dengan orang bukan Melayu dan bangsa-bangsa lain di dunia. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |