UNDANG-UNDANG PENDAFTARAN, PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN ORANG-ORANG ISLAM 1900, peruntukan mengenai nikah cerai orang Islam yang diperkenalkan bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Sistem pendaftaran yang tersusun dan teratur dalam hal nikah cerai yang melibatkan orang Islam di Malaysia hanya dapat dilihat dengan jelas setelah terdapatnya undang-undang yang memperuntukkan perkara berkenaan. Hal ini dapat dikesan sekitar tahun 1885 apabila suatu sistem pendaftaran berhubung dengan perkahwinan dan perceraian orang Islam telah mula diperkenalkan melalui “Registration of Muhammadan Marriages and Divorces Enactment 1885”. Enakmen ini kemudiannya telah dimansuhkan dan digantikan dengan “Muhammadan Marriage and Divorce Registration Enactment 1900.”
Thanks for clicking. That felt good.