Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ré.hat] | ريحت

Definisi : (réhat) melepaskan lelah, mengaso: ~ yg terbaik sekali ialah tidur nyenyak; ubat letih ialah ~; bilik ~ bilik utk melepaskan lelah; kerusi ~ kerusi tempat duduk dgn mengunjurkan kaki; masa ~ waktu utk ber­senang-senang melepas-kan lelah; berehat melepaskan lelah, bercuti utk mengaso, bersenang-senang: tiap-tiap petang saya ~ di kebun bunga; merehatkan membiarkan supaya berehat, membiarkan mengaso: duduk bersandar ~ diri; seminggu di Adelaide, walaupun be­kerja tetapi bagaikan ~ fikiran; kerehatan keadaan rehat: jika tidak ada ~ maka mudahlah datangnya penyakit; ® isti­­rahat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ré.hat] | ريحت

Definisi : /réhat/ keadaan bebas drpd sebarang aktiviti, gerakan dsb: ~ adalah penting utk menjaga kesihatan. berehat melepaskan lelah; bercuti utk bersenang-senang: Aku terlalu penat, aku perlu ~ dahulu. merehatkan membiarkan supaya berehat: Selepas bermain, dia ~ dirinya di atas bangku. kerehatan keadaan rehat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rehat
Kata Terbitan : berehat, merehatkan, kerehatan,

Puisi
 

Kalau duduk di atas kerusi,
     Sambil duduk berehat-rehat;
Jangan dibawa perangai besi,
     Makin lama makin berkarat.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TIDUR

Tidur ialah keadaan rehat dan tidak sedar terhadap

apa-apa yang berlaku di sekeliling dalam tempoh

tertentu. Tidur tidak sama dengan koma kerana

orang yang tidur mudah terjaga. Manusia atau

haiwan yang sedang tidur boleh terjaga dengan

cepat, misalnya, akibat bunyi bising atau cahaya

lampu yang terang. Semua manusia dan beberapa

jenis haiwan mesti mempunyai jumlah tidur yang

cukup dalam sehari pada sela masa yang tetap.

Apa yang berlaku semasa tidur. Apabila

seseorang itu tidur, semua aktiviti menurun dan

otot berehat. Denyutan jantung dan kadar

pernafasan menjadi perlahan. Orang itu, perlahan-lahan

menjadi tidak sedar terhadap apa yang

berlaku di sekelilingnya.

UMUM 
KELESUAN

Kelesuan ialah istilah lain bagi keletihan.

Seseorang itu sering mengatakan bahawa dia

berasa “lesu” apabila letih. Apabila seseorang itu

bekerja kuat, bermain bersungguh-sungguh,

kurang rehat atau kurang tidur, dia boleh berasa

lesu. Dalam kes seperti itu, kelesuan adalah

normal. Daripada pengalaman, adalah diketahui

bahawa perasaan ini akan hilang selepas berehat.

Tetapi kadangkala, kelesuan merupakan suatu

gejala penyakit. Orang yang mengalami penyakit

jasmani sering berasa lesu walaupun hanya

selepas membuat kerja ringan atau menggunakan

sedikit tenaga. Orang seperti ini memerlukan rehat

yang banyak, sering kali jauh lebih banyak

daripada yang diperlukan sekiranya mereka sihat.

Doktor mendapati bahawa kelesuan sering berlaku

jika seseorang itu menghidap banyak jenis

penyakit.

UMUM 
PARLIMEN LANJUT

Parlimen Lanjut merujuk kepada suatu sesi

Parlimen Inggeris yang bersidang panjang tanpa

rehat mulai tahun 1640 hingga tahun 1653.

Persidangan ini dimansuhkan dengan rasminya

pada tahun 1660. Parlimen Lanjut ini bermula

dengan perbalahan secara langsung dengan Raja

Charles I, kemudian bersidang semula semasa

Perang Saudara, menjatuhkan hukuman bunuh ke

atas raja ini, mencuba memerintah dalam masa

kegelisahan selepas perang itu, dan akhirnya

dimansuhkan untuk memberikan laluan kepada

Parlimen baharu di bawah Raja Charles II.

UMUM 
COPERNICUS, NICHOLAS

Copernicus, Nicolas (1473–1543), ahli astronomi Poland. Beliau terkenal dengan teorinya yang mengatakan bahawa matahari berada dalam keadaan rehat di pusat alam semesta, sementara bumi dan planet yang lain beredar mengelilingi matahari sambil berputar pada paksi masing-masing. 

FIZIKTokoh

Kembali ke atas