Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata reid


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
REID, SIR GEORGE

Reid, Sir George (1845–1918) ialah Perdana

Menteri New South Wales, Australia, dari tahun

1894 hingga tahun 1899 dan Perdana Menteri

Australia dari tahun 1904 hingga tahun 1905.

Sepanjang kerjayanya, dia percaya bahawa

perdagangan bebas di antara tanah jajahan akan

lebih banyak membangunkan industri daripada

tarif perlindungan. Di Parlimen persekutuan, dia

adalah pemimpin kumpulan perdagangan bebas.

Dia berjaya memaksa kerajaan persekutuan untuk

berkompromi antara perdagangan bebas dengan

dasar perlindungan. Sebagai Perdana Menteri, dia

memimpin kerajaan campuran antara partinya

dengan Parti Liberal, dipimpin oleh Alfred Deakin.

UMUM 
SURUHANJAYA REIDKapsyen          :           Dato’ Onn Jaafar sedang menunjukkan memorandum UMNO-MCA kepada Suruhanjaya Reid, semasa kempen Pilihan Raya 1955

 

SURUHANJAYA REID, badan yang dibentuk bagi mendraf perlembagaan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957. Badan ini terbentuk hasil daripada pertemuan dan perbincangan kemerdekaan Tanah Melayu di London dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956. Perbincangan tersebut telah dihadiri oleh Setia Usaha Tanah Jajahan, Pesuruhjaya Tinggi, Menteri Negeri United Kingdom dan wakil Perikatan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra dan wakil raja-raja Melayu yang diketuai oleh Dato’ Panglima Bukit Gantang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
KONGRES KEBANGSAAN MELAYU

KONGRES KEBANGSAAN MELAYU, kongres yang dianjurkan oleh orang Melayu menentang  cadangan Perlembagaan merdeka yang dikemukakan oleh Perikatan dan suruhanjaya Reid. Kongres ini diadakan pada 4 Mei 1957. Suruhanjaya Reid yang dibentuk oleh British untuk merangka Perlembagaan Merdeka Tanah Melayu pada tahun 1956 menggunakan cadangan  perlembagaan Perikatan. Perikatan dianggotai oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Malayan Chinese Association (MCA) dan Malayan Indian Congress (MIC).

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
PARLIMEN MALAYSIA

PARLIMEN MALAYSIA, institusi pemerintahan demokrasi Malaysia yang ditubuhkan berdasarkan model Westminster, United Kingdom, mengikut cadangan Suruhanjaya Reid yang menggubal Rang Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merdeka. Malaysia ialah sebuah negara persekutuan yang mempunyai 13 buah negeri dan sebuah Wilayah Persekutuan yang terdiri daripada Kuala Lumpur dan Labuan.  Pada peringkat persekutuan, terdapat Kerajaan Pusat atau Kerajaan Persekutuan, manakala pada peringkat negeri pula, terdapat Kerajaan Negeri.  Parlimen ialah institusi perwakilan yang menjalankan fungsi perundangan di Malaysia.  Pada peringkat pusat, ia dikenal sebagai Parlimen, manakala pada peringkat negeri, Dewan Undangan Negeri (DUN).

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas