Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rék.tor] | ريکتور

Definisi : (réktor) 1. ketua universiti (maktab dll); 2. ketua dlm biara (Kristian). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rék.tor] | ريکتور

Definisi : /réktor/ gelaran yg diberikan kpd sesetengah ketua sesebuah universiti (maktab dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rektor (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan naib-canselor, pengetua, dekan, guru besar.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TAKDIR ALISJAHBANA, SUTAN

Takdir Alisjahbana, Sutan (1908–1994) ialah

penulis dan ahli falsafah Indonesia yang terkenal

sebagai perintis bagi pengajian bahasa dan

kesusasteraan Indonesia. Dia menjadi rektor

(presiden) Universitas Nasional Indonesia di Jakarta

pada tahun 1968.

UMUM 
OLSON, CHARLES

Olson, Charles (1910–1970) ialah salah seorang

penyair Amerika yang sangat berpengaruh pada

zamannya. Pada tahun 1948, Olson mula mengajar

di Black Mountain College, sekolah eksperimen

di Black Mountain, Carolina Utara. Dia berkhidmat

sebagai rektor (pengetua) sekolah dari tahun 1951

hingga tahun 1956. Di kolej itu, Olson mengajar

beberapa orang bakal penyair besar Amerika

Syarikat.

UMUM 
UMAR KAYAM

UMAR KAYAM (1932-    ), budayawan dan penulis Indonesia.  Dia lahir pada 30 April 1932 di Ngawi, Jawa Tengah, Indonesia.  Dia mendapat pendidikan tinggi di Universitas Gadjah Mada sebelum menyambung pada peringkat sarjana di New York dan pada peringkat Doktor Falsafah di Cornell (1965).  Setelah menamatkan pengajiannya di Amerika Syarikat, dia kembali ke Indonesia dan menjadi Direktor Jenderal Radio, Televisi dan Film Departemen Penerangan Republik Indonesia (1966-1969).  Dari tahun 1969 hingga tahun 1972, dia menjadi Ketua Dewan Kesenian Jakarta dan Rektor Lembaga Pendidikan Kesenian Jakarta.  Dari tahun 1975 hingga tahun 1976, dia menjadi Direktor Pusat Latihan Ilmu-ilmu Sosial Universitas Hasanuddin.  Kini, dia menjadi Kepala Pusat Penelitian Kebudayaan Universitas Gadjah Mada, dan Guru Besar di Fakultas Sastera di universiti tersebut.

SASTERATokoh

Kembali ke atas