Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rem.pah.ra.tus] | رمڤه - راتوس

Definisi : a) berbagai-bagai macam rempah; b) sj jamu drpd bermacam-macam campuran; c) ki berbagai-bagai pengalaman hidup (pahit manis, suka duka); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rempah-ratus


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KARI

Kari ialah gulai yang dibuat daripada telur, ikan,

daging, atau sayur-sayuran yang dimasak bersama

rempah ratus.

UMUM 
MAKANAN NYAHHIDRAT

Makanan nyahhidrat ialah makanan yang

telah diawet dengan cara pengeringan.

Menambah air kepada makanan demikian

menjadikannya sedia untuk dimakan atau dimasak.

Susu kering dan keluaran tenusu, sup, kopi, teh,

rempah-ratus, gelatin, campuran pencuci mulut,

dan makaroni dijual di kedai. Makanan nyahhidrat

lain yang biasa didapati termasuk yis, keju, dan

keluaran telur.

UMUM 
SOSEJ

Sosej ialah makanan yang dibuat daripada daging

cincang dan dibubuh perasa. Daging yang

digunakan untuk membuat sosej termasuk daging

lembu, haiwan buruan, babi, ayam itik, anak lembu,

dan di sesetengah negara – ikan. Sosej dibubuh

perasa herba dan rempah-ratus, di samping garam,

lada, lada hitam, sage, bawang, gula, dan halia.

Kebanyakan sosej mengandungi sesetengah jenis

bijirin, yang berfungsi sebagai pengikat, dan

sedikit pengawet yang dinamakan nitrit. Nitrit

memberi warna kepada sosej dan membantu

mencegah pertumbuhan bakteria yang

menyebabkan sejenis keracunan makanan yang

dinamakan botulism. Orang Eropah kadangkala

menambah gin atau wain merah kepada sosej

untuk memberikannya rasa yang istimewa.

UMUM 
PEWASAPAN

Pewasapan ialah kaedah membunuh perosak

yang melibatkan penggunaan gas toksik. Ia

digunakan dengan meluas untuk menghapuskan

rumpai, nematod (cacing gelang), dan perosak-

perosak lain di tanah pertanian. Ia juga digunakan

untuk melindungi makanan seperti bijian,

kekeras, dan rempah-ratus daripada tikus dan

serangga semasa disimpan. Barang yang diangkut

dengan kapal antara negara kerap diwasapkan

untuk mencegah perosak dan penyakit daripada

merebak dari negara ke negara lain. Rumah,

pangsapuri, dan bangunan-bangunan lain

kadangkala diwasapkan untuk membunuh lipas,

anai-anai, dan serangga-serangga lain.

UMUM 

Kembali ke atas