Lembangan ialah kawasan yang disalirkan oleh sungai dan cawangan sungai. Lembangan yang besar di dunia termasuk Sungai Mississippi di Amerika Syarikat, Sungai Congo di Afrika, Sungai Amazon di Amerika Selatan, dan Sungai Yangtze di Asia. Lembangan juga bermaksud kawasan yang sungainya tidak mempunyai saluran keluar ke laut. Bagi lembangan jenis ini, anak sungai mengalirkan airnya ke dalam tasik, menyerap dalam pasir, menjadi kering. Sesetengah lembangan jenis ini mempunyai tasik air masin, seperti Tasik Great Salt di Utah, Amerika Syarikat. Lihat juga Lembangan Besar dan rencana dalam Ensiklopedia Dunia tentang sungai dan tasik yang disebut di dalam rencana ini. Lembangan Besar ialah kawasan gurun yang besar di Amerika Syarikat Barat. Di lembangan ini terdapat beberapa tasik dan sungai. Air sungai ini sama ada kering atau mengalir ke salah satu daripada tasik di tempat ia menyejat. Lembangan Besar ialah kawasan penyaliran dalaman kerana sungainya mengalir dalam kawasan tersebut dan bukan ke dalam kumpulan air yang terletak di luar kawasan. Lembangan ini meliputi kawasan seluas kira-kira 520 000 kilometer persegi di California, Idaho, Nevada, Oregon, Utah, dan Wyoming. Sink (kawasan rendah yang boleh menampung air) terdapat di beberapa lembah. Lembangan yang terbesar ialah Tasik Great Salt, Sink Carson dan Humboldt, dan Tasik Piramid. Lekukan terdalam di lembangan ini ialah (Death Valley) di California. Lembangan Besar Artois ialah lembangan artois yang terbesar di Australia. Lembangan ini terletak di dalam sebahagian besar Queensland, utara New South Wales, dan sudut timur laut Australia Selatan. Daripada keseluruhan kawasannya yang seluas kira-kira 1.5 juta kilometer persegi, kira-kira 1500 lubang artois menyediakan bekalan air yang tetap untuk pertanian. Lihat Telaga artois . |