Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
rendah (adjektif)
1. Bersinonim dengan pendek: pandak, kerdil, kontot, ketot, bangkut rendang, renek,
Berantonim dengan tinggi

2. Dalam konteks suara
bersinonim dengan lembut, lunak, perlahan, tidak nyaring,
Berantonim dengan tinggi

3. Dalam konteks harga
bersinonim dengan murah, menurun, merosot, menjunam,
Berantonim dengan tinggi

4. Dalam konteks pendapatan
bersinonim dengan kecil, sedikit,
Berantonim dengan tinggi

Kata Terbitan : merendah, merendahkan, kerendahan, perendahan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ASSAM

Assam ialah negeri di timur laut India, di

kawasan rendah Lembah Brahmaputra. Assam

mempunyai sempadan antarabangsa dengan

Bhutan di sebelah utara dan dengan Bangladesh

di sebelah barat daya. Di sebelah utara dan

timurnya terletak Arunachai Pradesh. Assam

berkongsi sempadan dengan empat buah negeri

bukit-Nagaland dan Manipur ke sebelah timur,

dan Mizoram dan Tripura ke sebelah selatan.

Assam juga mempunyai sempadan yang pendek

dengan Bangladesh di antara Tripura dan

Meghalaya yang menyempadani Assam di

sebelah barat dayanya.

UMUM 
TANAH SAHUL

TANAH SAHUL, julukan terutamanya oleh pengkaji arkeologi untuk merujuk keadaan darat luas yang pernah wujud antara benua Australia dan pulau Irian Jaya – Papua New Guinea serta pulau-pulau kecil di Laut Arafura.  Secara lebih tepat, Tanah Sahul boleh dianggap meliputi Pelantar Arafura, Pelantar Sahul, Teluk Carpentaria, pelantar berkedalaman kurang daripada 200 m di sebelah timur Selat Torres, dataran pantai selaran Irian Jaya – Papua New Guinea dan daratan rendah di sebelah utara Australia.  Sempadan barat Tanah Sahul belum jelas.  Ada yang memasukkan Pelantar Rowley hingga North West Cape ke dalamnya, tetapi lebih umum batas baratnya ditarik di Tanjung Leveque, Western Australia.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
SEMENANJUNG CAPE YORK

Semenanjung Cape York terletak di hujung

utara Queensland, Australia. Semenanjung ini

menganjur 800 kilometer ke utara dari Cairns dan

meliputi kawasan seluas lebih kurang 230 000

kilometer persegi. Satu juluran tanah tinggi timur di

sepanjang pantai timur. Dataran yang menganjur

rendah rata menganjur ke Teluk Carpentaria di

sebelah barat. Petani di kawasan selatan menternak

biri-biri dan lembu daging. Salah satu daripada

lombong bauksit terbesar di dunia terletak di Weipa

di barat semenanjung ini.

Lihat juga Queensland (peta).

UMUM 

Kembali ke atas