POKOK RENEK | Pokok renek adalah satu daripada empat kumpulan utama tumbuh-tumbuhan dari segi saiz dan bentuk. Pokok renek adalah tumbuhan saka yang mempunyai batang berkayu yang lebih kecil daripada pokok. Pokok renek biasanya mempunyai beberapa batang rendah yang dekat bercabang berdekatan tanah. Belukar mempunyai banyak dahan (lihat Belukar ). | UMUM | |
MESQUITE | Mesquite ialah pokok renek berduri yang tumbuh dalam iklim kering. Pokok renek ini biasa tumbuh di barat daya Amerika Syarikat, Mexico, Hindia Barat dan sebahagian barat Amerika Selatan. Mesquite juga tumbuh di Hawaii. Ia dibawa ke sana oleh mubaligh. Pokok renek ini memerlukan sedikit air. Ia boleh tumbuh di gurun yang terlalu panas dan kering. Cerita-cerita tentang kehidupan di gurun sering menyebut tentang mesquite. | UMUM | |
SHE-OAK | She-oak termasuk 70 spesies pokok renek dan pokok di kawasan Pasifik Barat, khususnya Australia. Ia berbeza-beza daripada pokok renek kerdil yang hanya satu meter tingginya, hingga kepada oak sungai, yang sehingga 30 meter tingginya. Peneroka awal menggunakan kayu she-oak sebagai sirap. She-oak tidak berkaitan dengan oak Eropah, tetapi kayu kedua-dua pokok ini adalah serupa. She-oak digunakan untuk pagar pokok dan tampan angin. Ia juga tahan terhadap air garam dan boleh ditanam di pantai. Pengelasan saintifik. She-oak tergolong dalam famili Casuarinaceae dan genus Casuarina. | UMUM | |
PAGAR POKOK | Pagar pokok ialah jaluran pokok renek atau pokok kecil yang ditanam rapat-rapat untuk dijadikan sempadan. Peladang di sesetengah negara menanam pokok renek sebagai pagar untuk mencegah haiwan ternak daripada merayau- rayau atau untuk mencegah haiwan liar daripada memasuki ladang. | UMUM | |
SAINT-JOHN'S-WORT | Saint-John’s-wort, juga dikenali sebagai hypericum dan Rose of Sharon , ialah pokok renek yang berbunga besar, berwarna kuning. Kebanyakan Saint-John’s-wort tumbuh di kawasan sederhana dan panas di Hemisfera Utara. Ia biasanya adalah pokok renek yang rendah. Sesetengahnya malar hijau. Bunganya kembang bergugus pada musim panas. Bunga berwarna samar dan keunguan jarang ditemui. Pokok renek ini tumbuh subur di tanah gembur atau tanah berpasir lembap. Kebanyakannya mempunyai daun yang rimbun dan teduh. Saint-John’s-wort yang lebih besar membentuk rimbunan bulat apabila ia tumbuh satu-satu. Yang lebih kecil dijadikan tumbuhan tepi batas yang rendah atau tanaman tutup bumi. Goldflower adalah kacukannya. Terdapat lebih daripada 300 spesies Saint-John’swort yang diketahui. Pengelasan saintifik. Saint-John’s-wort tergolong dalam famili Saint-John’s-wort, Hypericaceae. Bunga emas ialah Hupericum X moserianum . | UMUM | |
SITRUS | Sitrus ialah nama sekumpulan pokok dan pokok renek yang tergolong dalam famili rue. Sesetengah buah sitrus adalah oren, limau gedang, limau, mandarin, termasuk klementin, satsuma, tangelo, tangerin, tangor, dan kacukannya; kumquat, oren pahit, limau nipis, sitron, limau dan bergamot. Pokok sitrus tumbuh liar di beberapa bahagian di India dan Asia. Orang Cina adalah yang pertama menanam pokok sitrus, lebih daripada 4000 tahun dahulu. Pokok dan pokok renek sitrus telah ditanam di bahagian-bahagian lain di dunia untuk buahnya bertahun-tahun lamanya. | UMUM | |
TONGKAT ALI | Sejenis tumbuhan renek. | PERTANIAN | Flora dan Fauna |
ROSEMARY | Rosemary ialah pokok renek malar hijau dalam famili pudina yang terkenal kerana keharuman daunnya. Rosemary tumbuh liar di kawasan Mediterranean dan tingginya dari 60 hingga 180 sentimeter. | UMUM | |
OLEANDER | Oleander ialah pokok renek berbunga yang dihargai sebagai tumbuhan rumah. Oleander kadangkala tumbuh setinggi 4.5 meter. Daunnya keras berbentuk tombak dan bunganya cantik bak ros. Dua jenis oleander yang paling biasa mempunyai bunga berwarna merah dan putih. Oleander berasal dari bahagian panas di Asia dan dari kawasan Mediterranean. Pekebun menanamnya di luar rumah dalam iklim panas dan dalam pasu dan tab di kawasan beriklim sederhana. Kesemua bahagian oleander adalah beracun. | UMUM | |
OCOTILLO | Ocotillo ialah pokok renek yang tumbuh di gurun di Mexico dan barat daya Amerika Syarikat. Ia juga dikenali sebagai candlewood, coachwhip, dan vine cactus . | UMUM | |