Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ren.tap] | رنتڤ

Definisi : ; berentap beradu pengaruh, ke­boleh­an, kekuatan dsb dgn hebatnya utk mencapai kemenangan dsb: empat belas orang peserta akan ~ utk merebut gelaran juara itu; berentap-rentap 1. tarik-menarik (dgn paksa), bertarik-tarikan; 2. ki beradu pe­ngaruh atau kekuatan dsb (dgn hebatnya): akhirnya suatu pemilihan Ketua Kampung yg baru terpaksa dibuat, setelah Munir dan Suif ~; berentap-rentapan 1. saling merentap, tarik-menarik dgn paksa, bertarik-tarikan; 2. saling berlawan atau beradu pengaruh, kehebatan dsb: menjelang tahun 1957, cogan kata spt “Merdeka dgn Darah” dan “Biar Lambat Asalkan Selamat” ~ dgn “Merdeka secara Damai dgn Bertolak Ansur”; merentap menarik dgn paksa atau ke­kerasan, menyentak, merenggut: dgn marah, ia ~ tangan gadis itu; merentap-rentap menarik-narik dgn kuat atau paksa, merentap berulang kali: dia ~ kain yg tersangkut pd paku di dinding itu hingga koyak; dia segera ~ tali sbg isyarat; terentap terenggut, tersentak: siku dan umbi lengan dan umbi paha sudah tidak ~ spt muda-muda dulu; rentapan hasil merentap, sentapan: akhir­nya dgn ~ kuat, beg itu terlepas juga dr pinggang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ren.tap] | رنتڤ

Definisi : ; berentap beradu kekuatan, kebolehan, pengaruh dsb dgn hebat utk mencapai kemenangan dsb: Para peserta akan ~ utk menjadi juara dlm pertandingan itu. merentap menarik dgn kuat dan pantas; menyentak; merenggut: Dgn marah, dia ~ tangan budak itu. Direntapnya tali itu hingga putus. rentapan tarikan yg kuat dan pantas; sentakan; renggutan: ~nya begitu kuat sehingga putus tali itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rentap
Kata Terbitan : merentap, rentapan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RENTAP

RENTAP (? - ?  ), pejuang anti-British. Rentap berasal dari Skrang, Bahagian Sri Aman, Sarawak. Dia memimpin orang-orangnya menentang pemerintahan dan dasar yang diperkenalkan oleh James Brooke pada tahun 1840-an. Baginya dasar James Brooke yang menghalang kebebasan hidup masyarakat Iban yang berpindah dari satu kawasan ke satu kawasan yang baharu bererti membantutkan cara hidup masyarakat Iban yang gemar berhuma. Rentap dan rakan-rakannya menentang dasar pemerintahan  Brooke demi mengekalkan cara hidup mereka.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas