REPTILIA | p> Reptilia ialah haiwan yang mempunyai kulit yang kering, bersisik, dan bernafas dengan paru-paru. Terdapat lebih kurang 6500 spesies (jenis) reptilia, dan ia membentuk satu daripada kelas vertebrat (haiwan bertulang belakang). Reptilia termasuk aligator, buaya, cicak, ular, kura-kura dan tuatara. | UMUM | |
ALIGATOR | Aligator ialah nama dua jenis reptilia yang ada kaitan dengan buaya. Aligator Amerika hidup di air dan tanah rendah di tenggara Amerika Syarikat. Aligator China hidup di hilir Lembah Sungai Yangtze, di China. Reptilia lain yang berkait rapat dengan aligator ialah cayman di Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Cayman sering juga dikenali sebagai aligator. | UMUM | |
PTEROSAUR | Pterosaur ialah anggota sekumpulan reptilia terbang yang telah pupus. Pterosaur hidup pada Era Mesozoik, dari kira-kira 240 juta hingga 65 juta tahun dahulu. Fosilnya telah dijumpai di setiap benua. | UMUM | |
DINOSAUR | Dinosaur ialah nama sejenis reptilia yang hidup berjuta-juta tahun dahulu. Perkataan dinosaur berasal daripada dua perkataan Yunani yang bermakna cicak yang dahsyat. Tetapi, dinosaur bukan cicak. Malah, saiz sesetengah dinosaur adalah menakutkan. Dinosaur yang paling besar ialah haiwan yang paling besar pernah hidup di darat. Beratnya lebih daripada 10 kali ganda berat gajah dewasa. Hanya beberapa jenis paus membesar lebih daripada dinosaur ini. | UMUM | |
KURA-KURA | Kura-kura ialah reptilia bercangkerang yang hidup di darat. Hanya kepala, ekor dan kaki kura-kura yang nampak di luar cangkerangnya dan ia boleh menarik kesemua ini ke dalam cangkerangnya apabila ada bahaya. Kebanyakan spesies kura-kura ialah makhluk yang berjalan lambat yang bercangkerang seperti kubah. Cangkerang kura-kura terdiri daripada plat yang dikenali sebagai skute. Ini biasanya bertelau-telau dengan warna perang, kuning atau hitam dan mungkin bercorak garis-garis atau lingkaran yang berpencaran. Spesies kura-kura yang berlainan berbeza-beza panjangnya dari lebih kurang 10 hingga 140 sentimeter. | UMUM | |
PARU-PARU | Paru-paru ialah organ pernafasan utama mamalia, burung, reptilia dan kebanyakan amfibia dewasa. Tugas utama paru-paru adalah menukar gas. Apabila darah mengalir melalui paru-paru, ia mengambil oksigen dari udara dan membebaskan karbon dioksida. Badan memerlukan oksigen untuk membakar makanan bagi mendapatkan tenaga dan ia menghasilkan karbon dioksida sebagai bahan buangan. Rencana ini membincangkan paru-paru manusia, tetapi paru-paru haiwan lain berfungsi dengan cara yang sama. | UMUM | |
MOMOK TASMANIA | Momok Tasmania ialah haiwan garang yang hidup di pulau Tasmania, Australia. Ia memakan mamalia dan reptilia kecil berserta bangkai haiwan yang dijumpainya. Ia memburu terutamanya pada waktu malam dan menghabiskan waktu siang di gua, dalam rongga batang kayu atau di tempat perlindungan yang lain. Momok Tasmania lebih kurang satu meter panjangnya, termasuk ekornya yang lebih kurang 30 sentimeter panjangnya. Kebanyakannya berbulu hitam dengan tanda-tanda putih, tetapi sesetengahnya berwarna hitam seluruhnya. Momok Tasmania adalah marsupial. Marsupial betina melahirkan anak yang tidak terbina dengan baik. Seperti kebanyakan marsupial, anak momok Tasmania dibawa dalam kantung di perut ibunya tempat ia meminum susu ibunya sehingga ia membesar dengan lebih sempurna. Pengelasan saintifik. Momok Tasmania tergolong dalam famili marsupial Dasyuridae. Ia adalah Sarcophilus harrisii . | UMUM | |
ZOO | Zoo ialah tempat haiwan liar dijaga dan dipamerkan. Kebanyakan zoo yang besar mempamerkan mamalia, burung, reptilia, dan amfibia dari serata dunia. | UMUM | |
ARCHAEOPTERYX | Archaeopteryx ialah nama genus (kumpulan) haiwan berbulu yang hidup lebih kurang 140 juta tahun dahulu, pada akhir Zaman Jurassic. Haiwan sebesar gagak ini mempunyai rangka bak reptilia yang hampir menyerupai rangka dinosaur kecil. Walau bagaimanapun, ia juga mempunyai bulu yang elok tumbuhnya dan sayap bak burung. Akibatnya, kebanyakan ahli sains mengelaskan Archaeopteryx sebagai burung. Fosil Archaeopteryx yang pertama telah dijumpai pada tahun 1860-an dalam pembentukan Batu Kapur Solenhofen di Bavaria, sebuah negeri di Jerman. Ia memberikan bukti bahawa burung adalah dari keturunan reptilia. | UMUM | |
MEMBRAN KELIPAN | Membran kelipan ialah membran nipis di bawah kelopak mata yang boleh ditarik untuk menutupi bola mata. Burung dan kebanyakan reptilia mempunyai membran tersebut, tetapi manusia tidak mempunyainya. | UMUM | |