Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ré.pu.ta.si] | ريڤوتاسي

Definisi : (réputasi) 1. nama baik: aku mem­punyai pengikut, aku mempunyai ~, aku sudah menjadi tokoh politik; 2. perbuatan dll yg menyebabkan nama baik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata reputasi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TENNANT, KYLIE

Tennant, Kylie (1912–1988 ) ialah pengarang

Australia yang memperoleh reputasi utama sebagai

penulis novel dengan terbitnya Tiburon pada tahun

1935, dan The Battlers (1941). Tiburon memenangi

S.H. Prior Memorial Prize pada tahun 1935. Novel

Tennant yang lain, termasuklah Foveaux (1939), Ride

On, Stranger (1943), dan The Honey Flow (1956).

Gayanya terserlah melalui pemikiran, semangat,

kelucuan dan kebijaksanaan. Beberapa buah bukunya

menyentuh masalah masyarakat. Dia juga menulis

drama. Dramanya, Tether a Dragon, memenangi

Commonwealth Jubilee Stage Play Competition pada

tahun 1952. Pada tahun 1960, dia memenangi

Children’s Book Award dengan bukunya yang

berjudul All the Proud Tribesmen . Tennant lahir di

Sydney.

UMUM 
SHARAKU

Sharaku ialah artis Jepun yang masyhur pada

akhir tahun 1700-an. Reputasi Sharaku terletak pada

torehan kayu yang menggambarkan pelakon Jepun

yang diukirnya pada tahun 1794 dan 1795.

Kehidupannya sebelum dan selepas menjadi

terkenal dan mengapa usia kariernya begitu

singkat tidak diketahui. Nama Sharaku ialah

nama profesionalnya. Nama sebenarnya tidak

diketahui.

UMUM 
AYER, SIR ALFRED JULES

Ayer, Sir Alfred Jules (1910 –1989), ahli falsafah

British, memprolehi reputasi awal kerana bukunya

Language, Truth and Logic (1936). Buku ini

memperkenalkan falsafah yang dikenali sebagai

positivisme logik dan doktrin bahawa pesoalan

dalam metafizik adalah tanpa makna. Karya-karya

falsafahnya yang terkemudian termasuk The

Foundations of Empirical Knowledge (1940) dan

The Problem of Knowledge (1956).

Ayer lahir di London dan mendapat pendidikan

di Eton College serta Oxford University. Dia

menjadi profesor di London University pada tahun

1946, dan memegang jawatan Profesor Wykeham

Professor of Logic di Oxford University pada tahun

1959 hingga 1978.

UMUM 
MELVILLE, HERMAN

Melville, Herman (1819–1891), salah seorang

pengarang utama Amerika. Dia mengarang Moby-

Dick , salah sebuah novel agung dalam

kesusasteraan, dan reputasi Melville, terletak pada

buku ini. Walau bagaimanapun, banyak karyanya

yang lain merupakan ciptaan kesusasteraan yang

sangat tinggi mutunya berupa campuran fakta,

fiksyen, pengembaraan, dan simbolisme halus.

Pengalaman peribadi Melville yang luas di tempat

yang jauh, sangat istimewa malahan dalam dunia

lepas bebas dan juga penjelajahan dunia tahun

1800-an. Melville memasukkan ke dalam

pengembaraan yang luar biasa itu, gambaran hidup

dan skeptisisme yang penuh falsafah di samping

kemahiran yang luar biasadalam menggunakan

bahasa Inggeris Amerika.

UMUM 
SPINOZA, BARUCH

Spinoza, Baruch (1632–1677) ialah ahli falsafah

Belanda. Dia juga dikenali sebagai Benedict, iaitu

nama Baruch dalam bahasa Latin. Spinoza lahir di

bandar Amsterdam. Ibubapanya berketurunan

Yahudi. Pada awalnya dia memperoleh reputasi

sebagai seorang yang berfikiran bebas dalam hal

agama dan oleh yang demikian dia disingkirkan

oleh masyarakat Yahudi daripada mazhab mereka

pada tahun 1656. Dia kemudian tinggal di beberapa

buah bandar di Belanda, menyara hidupnya dengan

bekerja sebagai pencanai kanta. Sepanjang

kerjayanya, Spinoza merupakan penyokong

fahaman liberalisme yang kuat dalam hal agama dan

politik. Dia sangat menghargai kebebasannya,

sehingga dia menolak tawaran wang persaraan

daripada Raja Louis XIV dari Perancis, dan juga

tawaran jawatan sebagai profesor universiti di

Jerman. Walaupun dia dihormati oleh ramai orang,

Spinoza merupakan seorang yang kontroversial

sebab pandangannya yang amat menyimpang

terhadap hal agama, falsafah, dan politik.

UMUM 
THEILER

Theiler ialah nama keluarga bagi dua orang ahli

sains Afrika Selatan, iaitu bapa dan anak yang

menjadi terkenal di peringkat antarabangsa.

Sir Arnold Theiler (1867–1936) ialah penyelidik

sains veterinar. Onderstepoort di Afrika Selatan,

tempat Theiler mendirikan makmalnya, kini

mempunyai reputasi antarabangsa dalam sains

veterinar. Sir Arnold Theiler diberi penghormatan

sebagai pengasasnya.

UMUM 
KOBOI

Koboi ialah orang yang membantu menjaga

sekawanan besar lembu untuk pemilik ladang

ternak. Di Amerika Syarikat, koboi menjadi

masyhur pada zaman sempadan Barat dahulu.

Reputasi kerana berani menghadapi bahaya dan

kesusahan menjadikan mereka wira kepada

banyak orang Amerika. Kisah-kisah yang

menyeronokkan tentang kehidupan koboi,

nyanyian koboi yang merawan hati, dan bahasa

koboi yang berwarna-warni semuanya telah

menjadi sebahagian daripada cerita rakyat

Amerika. Kebanyakan novel, pertunjukan wayang

gambar, dan televisyen yang paling popular adalah

tentang koboi.

UMUM 
SAN FRANCISCO

San Francisco , California, ialah salah sebuah

bandar yang paling menarik di dunia dan

merupakan pusat kebudayaan, kewangan dan

perindustrian yang utama di Amerika Syarikat.

Kereta kabel yang bertentangan, pekan China yang

mempesonakan, dan bukit-bukaunya memberikan

bandar ini daya tarikan yang khusus. Keindahan

alam San Francisco serta iklimnya yang sederhana

juga membantu memberikan bandar ini reputasi

sebagai “bandar kegemaran Amerika.” Bandar ini

menarik lebih kurang tiga juta pelancong setiap

tahun.

UMUM 
THOREAU, HENRY DAVID

Thoreau, Henry David (1817–1862) ialah

penulis Amerika yang dikenang kerana

bidasannya terhadap institusi sosial yang

dianggapnya tidak bermoral, dan kepercayaannya

terhadap kepentingan agama dalam alam semula

jadi. Esei “Civil Disobedience” merupakan

bantahan sosial Thoreau yang paling terkenal.

Walden, kajian tentang manusia di alam semula

jadi menaikkan reputasi Thoreau dalam bidang

kesusasteraan.

UMUM 
ALL ENGLAND

All England, kejohanan badminton antarabangsa yang tertua dan paling berprestij. Kejohanan ini mula diadakan pada 4 April 1899 di Buckingham Gate, London. All England mempunyai reputasi tinggi kerana nama sukan badminton dan peraturan rasmi permainan ini dimaktubkan di sini.  

SUKANPermainan/Sukan/Rekreasi
12

Kembali ke atas