SINCLAIR, SIR CLIVE MARLES | Sinclair, Sir Clive Marles (1940– ) ialah pengarah sebuah syarikat British, yang memulakan pembangunan dan pembuatan peralatan mikroelektronik. Melalui syarikatnya, Sinclair Research, dia menjadi terkenal pada tahun akhir 1970-an dan awal tahun 1980-an kerana penghasilan komputer yang hebat dengan harga yang rendah. Sinclair turut membangunkan pelbagai barangan lain termasuk set televisyen bercermin rata. | UMUM | |
RRIM | RRIM, institut penyelidikan getah asli yang terbesar di dunia. RRIM ialah singkatan Rubber Research Institute of Malaysia atau Institut Penyelidikan Getah Melaysia. RRIM ditubuhkan pada tahun 1925 dan terletak di bawah Kementerian Perusahaan Utama. Ibu pejabat RRIM terletak di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Pusat penyelidikan RRIM pula terdapat di beberapa tempat seperti Sungai Buloh, Selangor; Kota Tinggi, Johor; dan Bukit Iban, Pahang. Pada peringkat negeri, RRIM menyediakan khidmat nasihat melalui pejabat penasihat di setiap negeri di Malaysia kecuali Sabah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
PULAU MACQUIRE | Pulau Macquire terletak di bahagian selatan Lautan Pasifik, kira-kira 1500 kilometer di tenggara Tasmania. Pulau ini berukuran 34 kilometer panjang dan hanya tiga kilometer lebar. Ia mempunyai penara yang meninggi secara mendadak sehingga 300 meter dari aras laut. Pada tahun 1911, penjelajah kutub, Doughlas Mawsan telah membina sebuah stesen Radio di pulau ini untuk ekspedisi Antartiknya. Ekspedisi Penyelidikan Antartik Nasional Australia (The Australian National Antarctic Research Expedition (ANARE) mengekalkan stesen yang telah dibina di kawasan tersebut. | UMUM | |
TING, SAMUEL CHAO CHUNG | Ting, Samuel Chao Chung (1936– ) ialah ahli sains China kelahiran Amerika menerima anugerah Hadiah Nobel bagi bidang fizik pada tahun 1976. Dia berkongsi hadiah tersebut dengan Bruton Richter, juga seorang ahli sains Amerika. Hadiah berkenaan ialah kerana penemuan mereka tentang zarah nuklear asas yang dikenali sebagai psi atau zarah J. Ting, yang juga dikenali dengan nama Ding Zhaozhong, lahir di Michigan, Amerika Syarikat. Dia menghabiskan masa mudanya di tanah besar China dan Taiwan. Pada tahun 1967, dia menjadi profesor fizik di Massachusetts Institute of Technology. Kemudian dia bekerja di European Organization for Nuclear Research (CERN) di Geneva , Switzerland dan di University of Columbia, Amerika Syarikat. | UMUM | |
MOKHTAR YASSIN | MOKHTAR YASSIN (1937- ), penyair dan penulis. Dia lahir pada 29 Mac 1937 di Sungai Rambai, Melaka. Dia menerima pendidikan awal di sekolah Melayu, sebelum melanjutkan pelajaran di Sultan Idris Training College (SITC), Tanjung Malim (1956) dan Maktab Perguruan Bahasa, Kuala Lumpur (1959). Kemudian dia melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang hingga memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera. Dia juga berkesempatan mengikuti Kursus Penilaian Sekolah di Australia Council for Educational Research, di Melbourne. | SASTERA | Tokoh |