Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[re.sén.si] | رسينسي

Definisi : (résénsi) pertimbangan atau pem­bicaraan mengenai buku dll, ulasan buku: ~-~ terhadap buku ini telah terbit dlm surat khabar setempat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata resensi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RESENSI BUKU

Resensi buku ialah rencana yang diterbitkan

dalam surat khabar atau majalah berkala yang

mengumumkan penerbitan buku baru,

menerangkan isi buku itu, dan menilainya. Nilai

resensi buku bergantung kepada pengetahuan dan

kemampuan orang yang membuat resensi dan juga

keadilannya dalam membuat penilaian terhadap

buku tersebut. Oleh sebab itu, pembuat resensi

harus mempunyai pengetahuan yang luas tentang

subjek buku yang diperkatakan itu, kebolehan

menganalisis karya, dan standard kritikan yang

tinggi. (Lihat Kritikan ).

UMUM 
SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SYAH

SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SYAH (1455 – 1488), Sultan Melaka (1477 – 1488).  Baginda diputerakan di Melaka.  Merujuk beberapa versi dan resensi teks Sejarah Melayu, nama sebenar baginda ialah sama ada Raja Hussein, Raja Ahmad atau Raja Raden.  Ada sumber menyebut baginda beribukan wanita Jawa.  Sebelum merajai Melaka, baginda dikatakan menjadi ‘ratu’ di Klang, dan bergelar Ratu atau Raden di Klang.  Gelaran ratu atau raden mengukuhkan unsur-unsur kejawaan yang ada pada baginda.  Baginda ditabalkan sebagai Sultan Melaka selepas ayahandanya Sultan Mansur Syah mangkat.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas