SUNTIKAN AIR | Operasi menyuntikkan air ke dalam reservoir yang mengeluarkan minyak bagi penyenggaraan tekanan reservoir dan/atau membantu perolehan. Dengan demikian, suntikan air boleh digunakan untuk mengekalkan tekanan reservoir atau memperlambat kadar penurunannya, atau sebagai teknik perolehan sekunder. Operasi suntikan air telah digunakan oleh industri petroleum sejak tahun 1890 tetapi maklumat mengenainya hanya didokumentasikan sejak tahun 1922. | KEJURUTERAAN | Proses/Tindak Balas |
UJIAN TOKOKAN TEKANAN | Kaedah ujian telaga yang sering digunakan dalam industri petroleum. Tujuan ujian ini dilakukan adalah untuk mendapatkan keupayaan reservoir (kh) atau kebolehtelapan-tebal dan kulit (S) telaga. Kadangkala, tekanan purata reservoir juga diperoleh menerusi ujian ini. Untuk menjalankan ujian tokokan tekanan, mula-mula telaga ditutup sehingga tekanan reservoir menjadi stabil. Selepas itu, telaga dibuka dan dialirkan. Hal ini menyebabkan tekanan reservoir menyusut. Seterusnya telaga ditutup sekali lagi dalam sela masa tertentu. Semasa telaga ditutup, tekanan permukaan formasi diukur. Penutupan kali kedua ini menyebabkan tekanan reservoir bertambah. Itulah sebabnya ujian ini dinamai ujian tokokan tekanan.....Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Kaedah |
BATUAN RESERVOIR | Batuan subpermukaan yang berliang dan telap. | KEJURUTERAAN | Sumber/Bahan Alam |
BATUAN TUKUP | Batuan tidak telap yang menukup reservoir petroleum. | KEJURUTERAAN | Sumber/Bahan Alam |
GAS ASLI | Sebatian hidrokarbon berbentuk gas yang terdapat di dalam batuan reservoir di dalam kerak bumi. Komponen kimianya terdiri ….Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Sumber/Bahan Alam |
BATU FORMASI | Sebatian hidrokarbon berbentuk gas yang terdapat di dalam batuan reservoir di dalam kerak bumi. Komponen kimianya terdiri ….Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Sumber/Bahan Alam |
TUKUP GAS | Cara sesuatu daya menolak keluar minyak atau gas dari dalam reservoir ke telaga. Mekanisme perolehan juga digunakan dengan maksud yang sama kerana pacuan menghasilkan perolehan minyak. Pelbagai jenis mekanisme pacuan wujud tetapi secara am boleh dibahagi kepada semula jadi dan buatan. Pacuan semula jadi ialah pacuan gas larutan, pacuan tukup gas, pacuan air, pacuan graviti, dan pacuan kemampatan. Pada asalnya, tekanan dalam telaga dan seluruh formasi berada pada tekanan asal Pi. Apabila telaga dibuka, tekanan dalam telaga turun menyebabkan minyak mengalir ke dalam telaga kerana perbezaan tekanan. Minyak yang tertinggal akan mengalami kejatuhan tekanan menyebabkan minyak dan gas yang larut mengembang dan menolak minyak ke arah telaga. Daya tolakan ini disebabkan pengembangan gas larutan atau pacuan jenis gas larutan....Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Teori/Teorem/Hukum |
ANGKAT BUATAN | Kaedah yang digunakan untuk mengangkat minyak ke permukaan melalui telaga selepas tekanan reservoir berkurangan sehingga mencapai takat yang menyebabkan telaga tidak boleh lagi berpengeluaran secara aliran semulajadi atau tidak ekonomik. | KEJURUTERAAN | Konsep |
TIFUS | Tifus ialah mana-mana satu daripada kumpulan penyakit yang penting yang disebabkan oleh riketsia . Riketsia ialah organisma halus yang kelihatan seperti bakteria tetapi berkelakuan seperti virus (lihat Riketsia ). Pada badan manusia, organisma ini memusnahkan lapisan dan dinding pembuluh darah, menyebabkan pendarahan dan ruam kulit. Sesetengah jenis kuman ini menjangkiti haiwan dan juga manusia. Ahli sains sering menamakan haiwan yang dijangkiti “reservoir” penyakit ini. Penyakit tifus boleh dijangkiti daripada manusia kepada manusia atau daripada haiwan kepada manusia melalui, kutu, pinjal, sengkenit, atau hama. Terdapat beberapa jenis tifus, termasuk tifus epidemik, murin dan skrub dan pelbagai demam bawaan sengkenit . | UMUM | |