Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ré.to.rik] | ريتوريک

Definisi : (rétorik) 1. (Lin) kajian tentang teknik pemakaian bahasa secara berkesan dlm pe­nulisan atau pertuturan; 2. seni meng­gunakan atau memakai bahasa yg indah dan menarik utk memujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar, seni berpidato; 3. pertuturan atau tulisan yg menggunakan bahasa atau kata-kata yg indah atau muluk-muluk utk mem­pengaruhi pemikiran pen­dengar; 4. berkaitan dgn, penuh dgn atau menggunakan bahasa atau kata-kata yg indah atau muluk-muluk utk mempengaruhi pe­mikiran pendengar: kita tidak boleh terlalu ~ hingga hilang pegangan dan hanya ber­cakap tentang cabang tanpa menyedari pokok sebenarnya sudah reput; dia me­nyifatkan ucapan belanjawan itu penuh isi dan tidak ~ selain bahasa mudah yg di­gunakan; soalan ~; beretorik berpidato, berbicara dsb dgn meng­gunakan bahasa yg muluk-muluk (tetapi biasanya tidak didasari keikhlasan yg sungguh-sungguh) yg bertujuan utk menarik perhatian serta mempengaruhi pemikiran pendengar: pertubuhan tersebut tidak lagi boleh bergerak secara sambil lewa dan banyak ~; kita tidak perlu ~ dgn teori ekonomi yg muluk-muluk yg langsung tidak difahami oleh rakyat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ré.to.rik] | ريتوريک

Definisi : /rétorik/ 1 seni menggunakan bahasa yg indah dan menarik utk me­mujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar; seni berpidato. 2 bahasa yg dibuat-buat atau dibesar-besarkan (yg indah dan muluk-muluk). 3 penuh dgn bahasa atau kata yg indah dan muluk utk mempengaruhi pemikiran pendengar: Beliau terlalu ~ dlm menyampaikan ceramahnya. beretorik berbicara atau berpidato dgn menggunakan bahasa yg retorik: Kita tidak perlu ~ dgn pelbagai teori hingga orang tidak memahami isu yg diperkatakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata retorik


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SENI PIDATO

Seni pidato ialah seni kemahiran bercakap.

Ia juga dikenali sebagai retorik . Pemidato ialah

penutur yang cuba mempengaruhi pendengar

dengan ucapan yang petah. Pemidato mengikut

peraturan seni berpidato.

UMUM 
SENI LIBERAL

Seni liberal ialah tabiat ilmiah tentang

pemikiran dan pertuturan yang dianggap penting

bagi manusia yang bebas. Dari segi sejarah, seni

liberal termasuk dua kumpulan pengajian. Yang

pertama ialah penggunaan bahasa (nahu) yang

betul, berfikir dengan jelas (logik), dan

menyatakan idea seseorang dengan meyakinkan

(retorik). Kumpulan kedua termasuk pelbagai

cabang matematik. Pada mulanya, cabang ini

adalah aritmetik, geometri, astronomi dan

harmoni. Daripada pengajian tradisional ini, lahir

pula kumpulan sains semula jadi, sains sosial dan

kemanusiaan. Kolej yang memberi tumpuan

kepada pengajian ini biasanya dikenali sebagai

kolej seni liberal.

UMUM 
SENECA, LUCIUS ANNAEUS

Seneca , Lucius Annaeus (4 S.M.?–65 M.) ialah

negarawan Rom, penulis, dan ahli falsafah Stoik.

Karya-karyanya yang masih wujud termasuk 12

esei falsafah, 124 surat dan satu esei meteorologi,

satu satira dan sembilan drama tragedi. Drama

tragedinya mengadaptasi subjek yang digunakan

oleh penulis drama Yunani. Tetapi drama

tragedinya, melodrama yang hebat, ganas penuh

dengan bahasa retorik. Fokusnya adalah pada

kepercayaan orang Stoik bahawa malapetaka

berlaku apabila nafsu memusnahkan taakulan.

Drama ini banyak mempengaruhi drama tragik di

Itali, Perancis dan England pada zama Elizabeth.

UMUM 
AYTOUN, WILLIAM EDMONDSTOUNE

Aytoun, William Edmondstoune (1813–

1865), penyair dan humoris Scotland, yang

terkenal kerana Bon Gaultier Ballads (1845), satu

siri parodi yang cemerlang, yang ditulisnya

bersama Sir Theodore Martin. Antara penulis

yang diparodi dalam tulisannya ialah Tennyson,

Macaulay dan Elizabeth Barrett Browning. Aytoun

lahir di Edinburgh dan mendapat pendidikan di

Edinburgh Academy dan Edinburgh University. Di

universiti ini, dia dilantik menjadi profesor retorik

dan persuratan pada tahun 1845. Buku sajaknya

yang pertama, Poland, Homer and Other Poems ,

diterbitkan pada tahun 1832. Lain-lain karya

Aytoun termasuklah Lays of the Scottish Cavaliers

(1848).

UMUM 

Kembali ke atas