Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ri.bu] | ريبو

Definisi : bilangan sepuluh kali seratus; empat ~ 4000; seribu 1. 1000; 2. banyak sekali, bermacam-macam; dgn ~ daya dgn bermacam-macam daya; diam (membisu) ~ bahasa diam sama sekali; membuat (mengangkat) langkah ~ lari dgn bersungguh-sungguh (kerana takut, dikejar, dll), cabut lari; retak ~ a) retak yg banyak lagi kecil-kecil (pd pinggan dll); b) sj corak batik Malaysia; menyeribu; ~ hari mengadakan kenduri (arwah) sesudah seribu hari seseorang me­ninggal; perseribu dibahagi seribu; satu ~ satu di­bahagi seribu; beribu, beribu-ribu beberapa ribu, banyak ribu: ~ orang; meribu sl beribu-ribu: meratus cermin di kaki, ~ cermin di pinggang ribuan 1. (dlm) bilangan ribu: kemajuan Malaysia mungkin mencapai kemuncaknya dlm tahun-tahun dua ~; 2. beribu-ribu: ~ manusia membanjiri taman bunga kerana menyaksikan pertunjukan kebudayaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ri.bu] | ريبو

Definisi : bilangan seribu-seribu: se~ bilangan sepuluh kali seratus; 1,000; empat ~ 4,000; sepuluh ~ 10,000. beribu-ribu beberapa banyak ribu: Tiap-tiap tahun, ~ orang Islam dr Malaysia pergi ke Mekah utk menunaikan fardu haji. ribuan 1 bilangan ribu. 2 beberapa banyak ribu; beribu-ribu. seribu satu ribu; 1,000: dgn ~ daya dgn bermacam-macam daya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ri.bu] | ريبو

Definisi : ; ribu-ribu, reribu nama sj tumbuh-tumbuhan paku pakis yg dpt dibuat ubat (utk penyakit berak darah dsb), Lygodium scandens. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ribu

Puisi
 

Ribu-ribu di tepi jalan,
     Den tanam kunyit timbal balik;
Kalau rindu anak berjalan,
     Usah dikenang dagang tak berbalik.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Tidak berat diampu.

Bermaksud :

Tidak perlu ribut-ribu tentang kerja yang tak penting.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MUMIA

Mumia ialah mayat yang telah diawet dan

dipulihara selama beribu-ribu tahun. Orang Mesir

purba percaya bahawa orang yang telah mati terus

hidup di alam lain dan tubuhnya perlu dipelihara

selama-lamanya seolah-olah orang itu hidup.

Mereka percaya tubuh mayat diperlukan oleh si

mati dalam alam tersebut dan mereka berusaha

keras untuk mencari kaedah pengawetan. Beribu-ribu

tahun kemudian, ahli kaji purba telah

menjumpai banyak mayat yang telah diawet di

dalam makam. Kebanyakan muzium di seluruh

dunia mempunyai satu atau lebih mumia orang

Mesir. Mumia yang paling terkenal

kemungkinannya ialah mumia Ramses II dan

Tutankhamen, iaitu firaun (pemerintah) Mesir.

UMUM 
KUADRILION

Kuadrilion ialah ribu juta juta di Amerika Syarikat

dan Perancis. Maksud ini juga terpakai dalam

ensiklopedia ini. Satu kuadrilion mempunyai 15

sifar, iaitu 1 000 000 000 000 000.

UMUM 
KILO

Kilo adalah kata awalan yang bermaksud ribu.

Lihat Kilogram; Kilometer.

UMUM 
KEJU

Keju ialah makanan yang lazat dan berkhasiat

yang dibuat daripada susu. Selama beribu-ribu

tahun, keju menjadi satu daripada makanan utama

manusia di seluruh dunia. Keju boleh dimakan

begitu sahaja atau dimakan dengan biskut,

sandwic, salad, atau dimasak dengan makanan

lain.

UMUM 
AFRIKA SELATAN, SENI

Afrika Selatan, Seni. Seni di Afrika Selatan

telah bermula sejak beribu-ribu tahun yang lalu

dengan karya seni orang San. Mereka mengukir

batu-batu tongkol dan melukis dinding-dinding

gua serta tempat perlindungn mereka yang

diperbuat daripada batu (lihat Khoisan ). Seni suku

kaum primitif Afrika Selatan menerima pengaruh

yang kuat daripada suku kaum kulit hitam Afrika

yang berhijrah masuk dari utara. Suku kaum

tersebut meneruskan tradisi kuno dalam seni

pahat/ukir, seni anyaman bakul, seni tembikar, dan

membuat manik.

UMUM 
ATLANTIS

Atlantis ialah sebuah benua legenda yang

dipercayai telah tenggelam ke dalam Lautan

Atlantik beribu-ribu tahun dahulu. Atlantis mula-

mula dikenali pada tahun 300-an S.M. dalam Critias

dan Timaeus , dua buah karya ahli falsafah Yunani,

Plato. Menurut Plato, satu tamadun yang gemilang

pernah wujud di Atlantis. Tetapi, penduduknya

menjadi jahat dan tamak, dan dewa telah

menghukum mereka. Dalam masa sehari semalam

letupan yang dahsyat menggegarkan Atlantis, dan

benua itu pun tenggelam ke dasar lautan.

UMUM 
RAS, MANUSIA

Ras, Manusia atau bangsa manusia. Semua

manusia adalah dari keturunan manusia yang

hidup ratusan ribu tahun dahulu. Oleh itu, kita

semua berkongsi leluhur yang sama. Ini bermakna

bahawa semua manusia yang tinggal di dunia hari

ini berkaitan dengan satu sama lain. Walaupun kita

semua berkaitan, kita tidak kelihatan serupa. Badan

kita berbeza saiz dan bentuknya, kulit kita berbeza-beza

warnanya, mata kita berbeza warna dan

bentuknya, bibir dan hidung kita berbeza

bentuknya, dan rambut kita berbeza warna dan

teksturnya.

UMUM 
ARTIK

Artik ialah kawasan sejuk yang berterusan di

sekitar Kutub Utara. Ia termasuk Lautan Artik,

beribu-ribu pulau dan bahagian utara benua

Eropah, Asia dan Amerika Utara. Manusia telah lama

percaya bahawa Artik adalah kawasan sejuk, tandus

tempat manusia tidak dapat hidup. Tetapi penjelajah

dan ahli sains mendapati bahawa, kecuali

Greenland, sembilan per sepuluh daripada kesemua

kawasan Artik tidak mempunyai salji dan ais pada

musim panas. Beri, sayur-sayuran dan bunga

tumbuh di beberapa tempat. Matahari tidak

menyinari di kebanyakan kawasan Artik pada musim

sejuk. Tetapi matahari menyinari keseluruhan

kawasan Artik, sekurang-kurangnya sebahagian

waktu siang, dari bulan Mac hingga September.

UMUM 
SUKAN OLIMPIK

Sukan Olimpik ialah pertandingan atlet

antarabangsa yang paling penting di dunia. Sukan

Olimpik menemukan beribu-ribu atlet terbaik

dunia untuk bertanding antara satu sama lain

dalam pelbagai sukan individu dan berpasukan.

Berjuta-juta orang menyaksikan sukan ini, dan

lebih satu bilion orang di seluruh dunia menonton

Sukan Olimpik di kaca televisyen.

UMUM 
KUDA

Kuda merupakan satu daripada haiwan yang paling

berguna sejak beribu-ribu tahun. Satu masa

dahulu, kuda ialah cara pengangkutan yang

paling pantas dan yang paling pasti untuk

mengembara di darat. Pemburu yang menunggang

kuda mengejar haiwan dan membunuhnya

untuk makanan dan untuk kegiatan sukan. Puak-puak

nomad Asia menakluk Eropah, dan sateria-sateria

Zaman Pertengahan menyerang dengan

menunggang kuda perang yang gagah. Peneroka

Eropah menggunakan kuda semasa mereka

menjajah Afrika, Amerika dan India.

UMUM 
12345

Kembali ke atas